Piala Malaysia diteruskan tanpa kelibat Sang Kenari.
Apapun, juara bertahan, Kelantan yang sudah layak lebih awal tetap berselera apabila menewaskan Felda United 2-0 dalam pertembungan dua pasukan teratas untuk muncul juara Kumpulan C.
Di Stadium Darulaman, Alor Setar, tuan rumah kempunan se lepas gagal mengutip mata penuh apabila seri 1-1 dengan Perak yang sudah pun mengesahkan tiket ke suku akhir.
Malah, skuad Seladang pimpinan Norizan Bakar terlebih dulu men cemaskan Kenari apabila membu ka jaringan menerusi Shafiq Jamal pada minit ke-52 tetapi tuan rumah pantas menyamakan kedudukan menerusi Faizal Abu Bakar, tiga minit kemudian.
Di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kelantan mencipta kemenangan hasil dua jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-62 dan 71.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, juara Kumpulan D, T-Team menamatkan saingan pe ringkat kumpulan dengan kemena ngan besar ke atas Polis, 6-0.
Di Stadium Selayang, PKNS melengkapkan baki saingan Kumpulan B dengan kemenangan 1-0 ke atas Sime Darby untuk mengutip mata kesembilan selepas enam perlawa nan kempen Piala Malaysia kali ini.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!