July 6, 2011

Transfer | EPL 6 Julai 2011 Gossi Transfer

Arsenal memberitahu Nasri bahawa dia boleh meninggalkan kelab itu dari sekarang walaupun ada tawaran serendah £25 juta. Nasri dikatakan mendapat minat daripada Man City dan Man United.

Liverpool pula akan beralih arah kepada Juan Mata dari Valencia sekiranya mereka tidak berjaya mendapatkan Stewart Downing dari Aston Villa.

Man City bersedia menjual Carlos Tevez  namun dengan harga £50 juta.

Penyerang Porto, Falcao menunjukkan minat untuk bermain dalam liga Perdana England pada musim depan, dan dalam masa yang sama Chelsea cuba mendapatkan pemain itu dengan harga £26.5 juta.

Tottenham akan membawa masuk Joe Cole dari Liverpool sekiranya Luka Modric bersetuju untuk ke Chelsea.

Inter Milan mengakui bahawa mereka harus melakukan penjualan pemain sebelum membeli beberapa orang pemain dalam musim panas ini dan ini membuka pintu kepada Man United untuk membida Wesley Sneijder dengan harga £35 juta.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!