July 28, 2011

Perjuangan Harimau Malaya Berakhir! – Tewas 6-4



KUALA LUMPUR – Perjuangan pasukan bola sepak negara untuk layak ke Piala Dunia 2014 berakhir malam ini.
Walaupun seri 1-1 dalam pertemuan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan negara tewas dengan kiraan aggregat 6-4 kepada Singapura.
Walaupun bermain sepenuh hati dan garang umpama seekor harimau yang cedera, pasukan Malaysia tetap kecundang.
Apa pun, barisan pemain negara telah memberikan yang terbaik, namun Singapura yang dibarisi sebahagian besar pemain negara lain yang diberikan kerakyatan republik itu nyata terlalu kuat.
Kita perlu tetap memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara kerana mereka telah mencuba sehingga minit terakhir permainan.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!