April 19, 2011

EPL | Arsenal dan Liverpool Main Macam Bodoh!

Wenger persoal penalti Liverpool pada masa 'tambahan' 11 minit 

LONDON: Selepas 'dirompak' dengan jaringan penyamaan Liverpool pada masa tambahan, pengurus Arsenal, Arsene Wenger meminta anak buahnya terus berjuang sehingga ke perlawanan terakhir dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.


Arsenal terpaksa berpuas hati dengan satu mata ketika penalti Dirk Kuyt yang menjadi aksi terakhir permainan di Stadium Emirates kelmarin, menafikan sepakan penalti Robin van Persie, juga pada masa kecederaan.
Keputusan itu meletakkan Arsenal enam mata di belakang Manchester United dengan hanya berbaki enam perlawanan dan kian suntuk untuk mengejar pendahulu itu yang selesa dengan 69 mata. 

“Kami perlu memberikan segala-galanya sehingga ke perlawanan terakhir musim dan kita lihat nanti sama ada ini tahun kami atau sebaliknya. Kami berada pada rentetan tanpa kalah 15 perlawanan dalam liga tetapi gagal mengumpulkan mata secukupnya kebelakangan ini. Pemain begitu kecewa. Siapa yang tidak kecewa?,” kata Wenger. 

Namun Wenger tidak menyembunyikan rasa berang terhadap pengadil Andre Marriner kerana memberikan penalti 11 minit memasuki masa kecederaan atas kekasaran tidak sengaja Emmanuel Eboue terhadap Lucas Leiva, yang tampak seperti sengaja menunggu sentuhan sebelum rebah. 

“Kami bolos penalti selepas 11 minit masa tambahan sedangkan pengadil berkata ada lapan minit masa kecederaan. Saya tidak nampak dari mana tiga minit itu datang, dan ia bukannya penalti. Lucas berhenti di depan Eboue,” kata Wenger. - Agensi


p/s: Game malam tu adalah game yang paling bodoh pernah admin tengok. Sepanjang 90 minit berlangsung, takde pon usaha untuk mencari gol. Main macam nak seri jer. Lepas masa tambahan baru nak cari gol. Tapi serius Arsenal dan Liverpool nampak macam jaguh kampung jer malam tu. Kepada penyokong Arsenal dan 
Liverpool, apa anda nak kata?

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!