June 8, 2011

Transfer | EPL Gossip 08Jun 2011

Sunderland akan menggunakan wang penjualan Henderson untuk membeli dua pemain Birmingham iaitu Roger Johnson dan Craig Gardner.

Liverpool cuba untuk menandatangani pemain tengah Blackpool iaitu Charlie Adam yang berharga £8 juta, disamping ingin mendapatkan juga penjaga gol dari Brazil iaitu Doni.

Villa merelakan perpindahan Ashley Young ke Man United dengan harga £16 juta.

Man United juga sedang bersaing bersama Liverpool, Arsenal, Man City dan Tottenham untuk menandatangani pertahanan Blackburn iaitu Phil Jones yang berharga £16 juta.

Penyerang Man UNited dan Mexico- Javier Hernandez menolak tawaran dari Real Madrid untuk terus kekal bersama Red Devils.

Chelsea memperuntukkan £9 juta untuk mendapatkan Kevin de Bruyne yang bermain posisi sayap yang kini bermain bersama Racing Genk dari Belanda.

Man United, Chelsea dan Barcelona kini sedang bersaing untuk menandatangani Alexis Sanchez, 22, yang bermain bersama Udinese yang berharga sekitar £30 juta.

Shaktar Donestk merelakan pemain tengahnya Willian untuk menyertai Arsenal dengan syarat The Gunners memberikan Denilson + £4 juta kepada mereka.

Bolton memberitahu pihak Arsenal dan Man City bahawa mereka perlu membayar £17 juta untuk mendapatkan khidmat pertahanan tengah Gary Cahill.

Jose Enrique yang kini bermain bersama Newcastle United dikatakan mendapat minat daripada Barcelona.

Sebastian Larsson yang tamat kontrak bersama Birmingham telah menolak tawaran daripada Arsenal, Aston Villa, Blackburn dan Newcastle untuk menyertai Sunderland.

Selain itu, Newcastle dan Sunderland kini sedang bersaing untuk mendapatkan pemain sayap Wigan iaitu Charles N'Zogbia.

Kapten Newcastle Kevin Nolan dan juga penyerang Blackpool DJ Campbell kini menjadi sasaran pengurus West Ham iaitu Sam Allardyce.

AC Milan akan cuba mendapatkan Alberto Aquillani daripada Liverpool sedangkan dalam masa yang sama Juventus cuba membayar £16 juta untuk pemain itu.

Tottenham tidak akan menjual Luka Modric, Sandro mahupun Bale.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!