June 7, 2011

Transfer | EPL Gossip 07 Jun 2011


Liverpool bersetuju menandatangani penjaga gol AS Roma Doni.

Man United memberitahu Real Madrid bahawa mereka tidak boleh mengambil Javier Hernandez.

Inter Milan dikatakan bersedia membida pemain Real Madrid, Kaka. Dalam masa yang sama mendapat minat daripada Chelsea.

Tottenham bersedia membawa masuk pemain tengah Real Madrid -  Lassana Diarra.

Barcelona cuba untuk menandatangani Cesc Fabregas dengan harga yang lebih murah berbanding harga yang ditawarkan oleh mereka pada musim panas lepas.

Arsenal dan Man City kini bersedia untuk bersaing mendapatkan penyerang kelab Lille - Gervinho dengan harga £8m.

Ashley Young kini akan menyertai Man United dengan harga £16m pada bulan ini namun Aston Villa masih tidak memberi kata putus terhadap Stewart Downing yang menjadi minat Liverpool.

Liverpool dalam masa yang sama akhirnya berjaya menandatangani Jordan Henderson dari Sunderland dengan harga £20m.

Liverpool juga bersedia untuk membawa masuk pertahanan Blackburn - Phil Jones. Man United dan Arsenal juga dikatakan berminat terhadap pemain ini.

Sunderland sanggup melepaskan Henderson kerana bersedia untuk menandatangani trio daripada Man United - Welbeck, Darron Gibson dan Wes Brown.

Namun Everton dikatakan akan cuba membawa masuk Welbeck secara pinjaman.

Dalam masa yang sama, Sunderland juga akan membida penyerang Tottenham - Peter Crouch yang dikatakan berminat untuk menyertai The Black Cats itu.

Wolves dan QPR sedang bersaing untuk mendapatkan pertahanan ENgland - Matthew Upson.

Stoke consider untuk membawa masuk Charles Kabore dari Marseille.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!