June 9, 2011

MSL | Polis di FAM


SEORANG pegawai polis akan ditempatkan di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memantau kegiatan rasuah bola sepak di negara ini.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, penempatan pegawai terbabit akan dibuat dalam masa terdekat.

“Langkah FAM ini untuk memastikan keberkesanan dalam mena-ngani gejala rasuah bola sepak di negara ini.

“Kita juga ada jaringan dengan Fifa dan akan cuba sedaya upaya menanganinya,” katanya.

Baginda menasihatkan semua pegawai dan pemain bola sepak negara ini supaya menjauhi amalan rasuah.

“Saya kecewa dengan perkara ini kerana ia boleh menjahanamkan sukan bola sepak negara. Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah usaha menghapuskan rasuah ini dibuat secara besar-besaran pada tahun 1995.

“Walaupun perkara ini memang di luar bidang kuasa FAM, tapi kita cuma boleh menasihatkan dan memberi kerjasama dengan pihak polis untuk membanteras gejala buruk ini,” katanya.

Menurutnya, FAM memandang serius perkara ini dan mengambil langkah yang perlu termasuk di tahap Fifa.

“Usaha menangani gejala rasuah ini akan terus dijalankan dan kita harap semua pihak termasuk pegawai dan pemain supaya tampil ke hadapan untuk mendedahkan perkara ini.

“Kita akan merahsiakan pemberi maklumat dan akan bertindak me-ngikut laporan diterima. Apa yang penting di sini ialah kita hendak tahu puncanya,” katanya. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!