June 6, 2011

MSL | Penyu Tempang Hadapi Kijang

TERENGGANU terus menjalani latihan di Kuala Terengganu tanpa enam pemain utamanya berikutan tugasan bersama skuad kebangsaan dan skuad Olimpik.

Enam pemain berkenaan adalah Ashaari Samsuddin, Abdul Hadi Yahya, Ismail Faruqi, Ashaari, Helmi Remeli dan Ahmad Sharbinee Allawee (penjaga gol) serta Mohd Zubir Mohd Azmi (Olimpik) bersama Harimau Muda.

Walaupun tanpa pemain terbabit, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tetap meneruskan latihan seperti biasa di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi persiapan melayani Kelantan malam ini dengan tumpuan khas diberikan bagi mempertajamkan barisan depan supaya dapat memecahkan benteng pertahanan Kelantan.

“Terengganu perlu menang ke atas pendahulu liga, Kelantan bagi merampas semula kedudukan teratas dan mencerahkan peluang memburu kejuaraan Liga Super musim ini,” katanya.

Daripada enam pemain berkenaan, Irfan hanya kehilangan khidmat Ashaari yang digantung satu perlawanan kerana menerima tiga kad kuning tetapi dia berharap, lima yang lain hadir dengan semangat juang lebih tinggi selepas menimba pengalaman bersama skuad kebangsaan.

Sementara itu, kapten Marzuki Yusof yakin Terengganu mampu menghalang hajat Kelantan yang mahu mencari kemenangan, sekali gus memastikan barisan Datuk M Karathu pulang dengan tangan kosong.

“Moral pemain Terengganu kini semakin tinggi berikutan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang bejanji mahu memberi ganjaran membawa pasukan ke Eropah jika menjuarai Liga Super dan Piala FA,” katanya.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!