June 5, 2011

EURO 2012 | England Sekadar Seri

England hampir dimalukan Switzerland di Wembley malam tadi apabila keputusan perlawanan malam tadi berkesudahan dengan seri 2-2.

Tranquillo Barnetta mengejutkan tuan rumah dengan sepakan percuma yang cantik terus menerjah gawang England yang dijaga oleh Joe Hart pada minit ke-32.

Pada minit ke-35 Barnetta sekali lagi memberikan kejutan kepada penyokong tuan rumah apabila sekali lagi mejaringkan gol melalui sepakan percuma.

Gol itu nyata mencabar keupayaan skuad England yang dipimpin oleh Fabio Capello.

Tidak lama selepas gol kedua Switzerland dijaringkan, England mendapat sepakan penalti apabila pemain dari kelab Arsenal, Jack Wilshere dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Djouru.

Sepakan penalti itu berjaya disempurnakan oleh pemain no 8 England, Frank Lampard pada minit ke-37.

Masuk pada babak kedua, England mengubah percaturan dan nyata perubahan itu mendatangkan hasil apabila Ashley Young yang dibawa masuk menggantikan Frank Lampard berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51.

Keputusan itu meletakkan England masih kekal berada di tangga pertama kumpulan dalam kelayakan EURO 2012.

Statistik Perlawanan


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!