May 29, 2011

UCL | Barcelona Hebat, Man United Sayur

Pengurus Man United, Ferguson mengakui dia begitu kecewa dengan kekalahan anak buahnya 3-1 di tangan Barcelona dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah yang berlangsung di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Barcelona menemukan gol pertama menerusi gol cantik Pedro namun tujuh minit selepas itu, Wayne Rooney menjaringkan gol yang menarik pada minit ke 43. Bagaimanapun Man United tidak berjaya menewaskan taktik kelab Catalan itu pada separuh masa kedua. Nyata pada babak kedua, Barcelona menguasai keseluruhan perlawanan dan menjaringkan dua gol menerusi rembatan cantik Lio Messi dan David Villa untuk memastikan Barcelona menjulang Piala Liga Juara-Juara Eropah buat kali keempat.



Kekalahan Man United kepada Barcelona ini adalah kekalahan kedua dalam empoh tiga tahun dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, dan Ferguson mengakui bahawa anak buah Pep Guardiola kini lebih hebat berbanding tiga tahun lepas.

Dalam perlawanan pagi tadi juga menyaksikan penguasa Barcelona menerusi holy-trio mereka Xavi, Iniesta dan Messi. Dengan kawalan bola yang cantik daripada ketiga pemain itu menjadikan perlawanan berjaya didominasi oleh kelab Catalan itu.

Untuk rekod, jaringan Lio Messi merupakan jaringan pertamanya di bumi London.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!