May 31, 2011

Transfer | Ashley Young ke Liverpool?


Tottenham dikatakan meletakkan harga GBP50m untuk Gareth Bale yang kini menjadi target Juventus dan Inter Milan. Namun mereka juga dikatakan meletakkan harga GBP25m untuk Luka Modric yang menjadi sasaran Chelsea dan Man United.

Spurs juga akan menggantikan Modric dengan pemain Dinamo Zagreb yang berusia 22 tahun Milan Badelj.

Penjaga gol veteran Brad Friedel kini begitu panas di White Hart Lane ekoran mendapat minat dari Liverpool, namun dia percaya masih ada tempat untuknya di Spurs.

Man United pula terpaksa berputih mata untuk mendapatkan pemain sayap kiri Benfica Fabio Coentrao setelah pemain itu mendapat tawaran tinggi dari Real Madrid.

Barcelona membuka tawaran sebanyak GBP30m kepada kapten Arsenal, Cesc Fabregas. Arsenal mahu GBP50m dan mungkin mendapat tawaran dari man City.

Sevilla pula dikatakan cuba mendapatkan pemain Arsenal yang berasal dari Brazil, Denilson dengan harga GBP8m.

Pemilik Chelsea, Roman Abramovich membuat keputusan bahawa Anelka tidak lagi diperlukan dalam skuad The Blues namun dia akan terus menyimpan Didier Drogba.

Penjaga gol Man United rela behijrah ke liga Jerman berbanding menyertai Spurs.

Ashley Young yang bermain untuk Aston Villa yang menjadi target Man United akan menandatangani kontrak bersama Liverpool.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!