Malaysia mempunyai ruang untuk menjadi kuasa besar dalam bidang sukan tertentu jika ia diuruskan secara profesional, demikian menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Menurut baginda, gilapan bakat yang berterusan akan membolehkan negara melahirkan ahli sukan yang mampu menyinar walaupun acara itu tidak lahir di negara ini.
Bertitah menutup kejohanan besbol Piala Raja Muda Perlis di sini Isnin, Tuanku Syed Faizuddin yakin permainan besbol juga boleh menjadi sukan popular jika ia dapat memikat minat orang ramai.
Pada kejohanan lima hari anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah muncul juara manakala pasukan Sukma Perlis menjadi naib juara.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!