Pemain kebangsaan Portugal yang mana bermain untuk posisi pertahanan tengah dan juga sayap kiri, kini berada di prestasi kemuncak.
Beberapa kelab dari England dikatakan telah mula memberi tumpuan kepada pemain ini dan pemain berusia 23 tahun ini dikatakan semakin hampir untuk bersama Chelsea.
Pemerhati dari Juventus dan Atletico Madrid turut hadir semasa perlawanan antara Benfica menentang Braga dalam saingan Liga Europa untuk menyaksikan persembahan daripada Coentrao.
Namun, Benfica memberitahu bahawa pihak mereka masih belum menerima sebarang proposal untuk mendapatkan pemain ini.
Benfica dikatakan meletakkan harga sebanyak GBP 22 juta untuk pemain ini yang mana kontraknya bersama Benfica akan tamat pada 2016.