April 30, 2011

EPL | Perlawanan Tumpuan Gameweek 35

Chelsea v Tottenham
Chelsea harus mencatat kemenangan untuk terus memberi saingan kepada Man United sebelum mereka akan melawat Arsenal malam esok. Jika mereka berjaya menang dalam perlawanan malam ini dan Arsenal menang malam esok, ia akan menjadi perebutan hangat antara Chelsea dan Man United untuk mendapatkan trofi Liga Perdana England.

Tottneham kini pula sedang berusaha untuk menempatkan diri dalam kempen liga juara-juara musim depan. Mereka harus bermain dua perlawanan minggu depan dan salah satunya adalah menentang Man City. Mereka harus berusaha untuk menempatkan diri mereka di tangga keempat musim ini untuk memastikan mereka boleh memberi saingan dalam Liga Juara-juara musim depan.

Saya rasa Chelsea cukup kuat untuk menewaskan Tottenham malam ini dengan jaringan 2-0.


Liverpool v Newcastle
Prestasi Liverpool di gelanggang sendiri amat membanggakan, dan mereka telah menang besar ke atas Birmingham dalam perlawanan minggu lepas tanpa kehadiran beberapa tonggak utama. Mereka kini dijangka mampu untuk mengejar Tottenham di tangga kelima sekiranya mereka dapat mengekalkan momentum kemenangan pada malam ini dan saya fikir mereka juga beranggapan begitu.

Newcastle pula dilihat kini terselamat dari disingkirkan ke Liga Championship pada musim depan dan mereka begitu teruja dengan pencapaian semasa. Rekod mereka di gelanggang lawan tidaklah teruk berbanding dengan pendahulu liga.

Namun saya menjangkakan Liverpool akan memperolehi kemenangan malam ini 2-0 untuk terus memberikan tekanan kepada Spurs.

Arsenal v Man United
Prestasi Arsenal untuk musim ini dikatakan telah jatuh merudum sejak dua bulan lepas, namun ini adalah satu peluang untuk mereka membuktikan bahawa mereka bukanlah kelab yang senang mengalah dalam usaha merebut trofi Liga Perdana England. Kemenangan mereka malam esok akan memastikan mereka dapat menyertai kempen Liga Juara-juara untuk musim depan.

Man United melakukan kerja yang amat profesional ketika menentang Schalke pada selasa lepas. Mereka mungkin tidak menggunakan pasukan yang terbaik dalam perlawanan itu, namun mereka tetap yang terbaik. Namun dalam perlawanan malam esok, ia dilihat amat sukar untuk menundukkan The Gunners. Walaupun Arsenal kini dilihat berada dalam prestasi yang buruk namun persembahan mereka apabila berhadapan dengan lawan yang hebat amat memberangsangkan dan ini yang patut difikirkan oleh Sir Alex Ferguson.

Bagi saya amat sukar untuk meramalkan pasukan mana yang akan menang dalam perlawanan ini, namun saya tetap memilih Arsenal dengan jaringan 2-1.

Man City v West Ham
Man City kini dilihat memberi sasaran kepada FA Cup dan mereka merupakan pasukan pilihan untuk memenangi kejohanan itu. Musim ini adalah musim yang bagus buat mereka walaupun mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat trofi Liga Perdana England untuk musim ini. Sekiranya penyerang mereka bermain dengan baik malam ini, maka mereka pasti akan mendatangkan masalah kepada pertahanan West Ham yang sememangnya agak teruk dalam saingan EPL musim ini.

West Ham kini menduduki tangga tercorot liga namun sekiranya mereka menang dalam perlawanan ini, mereka akan berjaya keluar dari tiga pasukan tercorot liga. Namun untuk memenangi perlawanan ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana pasukan yang ditentang oleh mereka bukanlah pasukan yang berada di kelas bawahan.

Kemenangan pasti akan berpihak kepada Man City dengan jaringan 2-0 yang mungkin akan disumbangkan oleh Dzeko.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!