April 30, 2011

EPL | Vermaelen Bersedia Gegar Man United

Saya kini berada dalam kondisi yang sangat bagus

Setelah hampir tujuh bulan bergelumang dengan masalah kecederaan, Thomas Vermaelen kini sudah pulih dan menyatakan bahawa dia sudah bersedia untuk menggempur skuad Man United dalam perlawanan Ahad ini di Emirates Stadium.

Pemain pertahanan Belgium itu juga dilihat kini sudah turun dalam perlawanan bersama pasukan simpanan Arsenal pada pertengahan minggu lalu.

Tapi Arsene Wenger masih belum menyeneraikan Vermaelen dalam senarai pemain yang akan diturunkan dalam perlawanan menentang Man United dan Vermaelen berharap situasi ini cepat berubah.