
Bagi Real Madrid dan Jose Maurinho, penyertaan Adebayor diharapkan dapat memberikan impak yang besar dalam usaha mereka untuk mengejar pendahulu liga Barcalona. Maurinho kini melihat Adebayor sebagai seorang penyerang yang berbisa, penjaring gol bertaraf dunia dan semestinya dapat menggerunkan benteng pertahanan lawan.
Bagi Adebayor pula, menyertai Real Madrid adalah satu bonus baginya kerana dapat bermain bersama beberapa orang pemain hebat seperti Ozil, Angel Di Maria, Karim Benzema dan C. Ronaldo.