
Malam ini akan berlangsungnya lapan perlawanan England Premier League yang melibatkan 16 pasukan. Perlawanan pada malam ini bakal menyaksikan beberapa perubahan dalam kedudukan liga EPL.
Aston Villa V Arsenal
Aston Villa tampil dengan prestasi buruk apabila kalah 2-0 kepada Blackburn Rovers minggu lepas dan akan cuba sedaya upaya untuk memulihkan reputasi mereka dalam perlawanan menentang anak didik Arsene Wenger.
Villa mempunyai rekod cemerlang di halaman sendiri dengan tidak pernah mengalami kekalahan di Villa Park sepanjang musim ini mungkin akan menghadapi sedikit kekurangan bagi mengekalkan prestasi itu. Arsenal juga mempunyai rekod yang cemerlang apabila tidak pernah kalah dengan 6 kemenangan dalam 11 perlawanan di Villa Park sejak Disember 1998.
Bolton V Blackpool
Bolton masih berada dalam prestasi terbaik dengan menewaskan Newcastle United 5-1 pada aksi perlawanan minggu lepas.
Kemenangan itu merupakan kemenangan ketiga daripada empat perlawanan di gelanggang lawan.
Untuk rekord, perlawanan terakhir kedua-dua pasukan adalah ketika berada dalam Division Tiga pada Mac 1986 yang menyaksikan Blackpool tewas kepada Bolton.
Everton V West Brom
Everton dan West Brom hanya berada dua mata di atas zon penyingkiran dalam pertemuan mereka minggu ini.
Albion tidak pernah memenangi perlawanan di Goodison Park dalam tempoh 31 tahun sepanjang pertemuan liga yang menyaksikan mereka tewas enam kali dan lima kali seri dalam tempoh 11 perlawanan.
The Baggies hanya memungut satu mata dalam 5 perlawanan EPL terakhir dan sudah tidak menjaringkan gol selama 119 minit.
Fulham V Birmingham
Fulham hanya mencatat dua kemenangan pada musim ini dan kekalahan pada malam ini mungkin akan menyebabkan mereka akan berada dalam kelompok penyingkiran.
Mereka kini berada di atas zon penyingkiran dengan hanya perbezaan jaringan selepas hanya memenangi satu perlawanan dalam 10 perlawanan dan hanya mendapat satu mata daripada sembilan.
Birmingham pula hanya kalah satu perlawanan dalam enam perlawanan terakhir tetapi tidak pernah menang di Craven Cottage sejak Disember 2004.
Man United V Blackburn
Man United mungkin akan memintas Chelsea sementara sekiranya mereka berjaya mendapatkan tiga mata dalam perlawanan pada malam ini. Ini akan membawa mereka berada di atas Chelsea sejak 24 April.
Man United akan cuba mengekalkan rekod tanpa kalahnya pada musim ini untuk mengulangi pencapaian mereka pada musim 1985-86 yang menyaksikan mereka menang 13 perlawanan dan seri 2 perlawanan daripada 15 perlawanan pertama.
Red Devils telah memenangi 12 perlwanan dan satu seri dalam 16 perlawanan ketika menentang Rovers yang menyaksikan Rovers memenangi satu perlawanan dalam pertemuan pada September 2005.
Stoke City V Man City
Stoke City berada dalam posisi terbaik dalam liga dengan menduduki tangga kelapan hasil dari 14 perlawanan musim ini.
Mereka telah menang tiga perlawanan berturut-turut dan cuba mendapatkan kemenangan keempat berturut-turut ketika menerima kunjungan dari Man City malam ini.
Anak didik Mancini pula mendapat 25 mata dalam 13 perlawanan yang menyaksikan mereka menduduki tangga keempat liga.
West Ham V Wigan
West Ham dan Wigan kini berada dalam zon penyingkiran dan berusaha untuk menang bagi memastikan mereka dapapt keluar dari zon berbahaya ini.
West Ham yang menerima kekalahan 3-0 kepada Liverpool minggu lepas dan berharap mereka dapat mencatatkan kemenangan ke atas wigan pada malam ini untuk mengutip tiga mata penuh dalam usaha mengelakkan diri dari zon penyingkiran.
Anank didik Grant hanya memenangi satu perlawanan dalam 13 perlawanan selepas berjaya mengalahkan Spurs.
Wolves V Sunderland
Wolves yang berada di zon penyingkiran dengan mengutip 9 mata, memerlukan 5 mata untuk keluar dari zon ini. Mereka akan bertemu dengan bekas anak didik Mick McCarthy, Sunderland yang tidak pernah menang di Molineux sejak Februari 1998.
Untuk kali keduanya pada musim ini mereka telah mengalami empat kekalahan berturut-turut dan mengharapkan kemenangan ke atas Sunderland akan menamatkan badi kekalahan mereka pada musim ini.
Saksikan kesemua perlwanan ini di laman SPORTXONE. Kami membawakan liputan langsung dari England khas untuk anda semua.