August 27, 2010

Squillaci Lengkapkan Perpindahan Ke Arsenal


Arsenal telah berjaya menandatangani pemain pertahanan Perancis Sebabstien Squillaci daripada Sevilla.

Sevilla telah menerima tawaran unruk Squillaci, 30, pada minggu lepas dan pemain itu sekarang sudah melepasi ujian kesihatan dan bermain untuk Gunners.

Arsene Wenger memberitahu kepada pemberita bahawa mereka memerlukan seorang bek tengah yang berkualiti dan berpengalaman di samping harga yang berpatutan dan Squillaci adalah orangnya.

"Dia adalah pertahanan yang sebenarnya dan merupakan yang terbaik antara terbaik,bagus dalam perebutan bola, dan boleh menjaringkan gol secara baik. Saya percaya ia dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan di England. Dia akan mula berlatih bersama kami esok tetapi mungkin tidak akan diturunkan pada Sabtu ini", kata Wenger kepada pemberita.

Wenger dikatakan akan memperkuatkan barisan pemainnya dengan menandatangani penjaga gol Fulham, Mark Shwarzer. Walau bagaimanapun Wenger tidak menaruh harapan yang tinggi kepada Shwarzer.