August 14, 2010

Spurs ingin ulang kejayaan lampau

Dengan hanya membezakan tiga mata dan satu kedudukan antara dua pasukan pada musim akhir 2009-10, kedua-dua pasukan akan memastikan mereka akan melakukan yang terbaik pada malam ini.

Totenham mendahului Man City 1-0 pada minggu terakhir musim lepas yang mana sekaligus memberikan peluang kepada Spurs untuk beraksi dalam kancah Eropah untuk bersama kali dalam masa lima tahun. Namun sejak daripada itu, Man City nampak lebih garang dengan membeli ramai pemain berbakat dan digeruni di dalam kancah bola sepak Eropah. Pembelian ini mungkin akan menggugat kehebatan Spurs pada malam ini.

Spurs yang begitu meningkat naik pada penggal kedua musim lepas sudah pasti akan berusaha untuk mengekalkan prestasi mereka sepertimana ketika mereka menumpaskan Man City pada musim lepas. Mereka pasti akan mendabik dada sekiranya dapat menewaskan Man City pada malam ini. Bagi Mancini pula, Joe Hart mungkin akan menjadi penjaga gol pembuka musim buat Man City selepas penjaga gol utama mereka, Shay Given dikatakan masih mengalami kecederaan.

Dengan menandatangani pemain tersohor seperti Silva, Boateng, Kolarov, dan Yaya Toure pasti akan menjadikan Man City lebih bersedia untuk membalas dendam ke atas Spurs bagi membersihkan kembali rekod mereka yang telah dinodai pada musim lepas.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada hari Sabtu di White Heart Lane pada jam 7.45 malam.