August 18, 2010

Skuad B-23 tidak jadi ke China


SKUAD bawah 23 tahun kebangsaan terpaksa mencari alternatif lain untuk berkelana dalam misi menyiapkan diri menyahut cabaran Sukan Asia, November ini apabila kunjungan latihan ke China selama 10 hari bermula 28 Ogos ini terpaksa dibatalkan gara-gara lawan yang tidak mampu memberi komitmen.

Kini pengendali pasukan, K Rajagobal terpaksa mengharapkan kunjungan latihan ke Singapura yang dijadualkan tiga hari lagi dapat diteruskan dan satu lagi destinasi luar negara, seandainya tidak mahu mengharapkan latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semata-mata.
“Saya hanya boleh mengesahkan dalam satu atau dua hari destinasi latihan. Tapi saya boleh mengesahkan kunjungan latihan ke China dibatalkan,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, semalam.

Rajagobal mengumpul 26 pemain bermula kelmarin bagi latihan pusat 32 hari, dengan penjaga gol Harimau Muda A, Muhammad Zamir Selamat menjadi muka tunggal baru dipanggil.

Melihatkan skuad ini, Rajagobal akan menyandarkan harapan kepada tulang belakang pasukan yang membawa kejayaan pingat emas di Sukan Sea Laos bagi tugasan di Guangzhou nanti.

Namun, pengendali kebangsaan tidak menolak kemungkinan memanggil pemain baru yang menyinar pada kempen Piala Malaysia bermula 14 September selepas cuti Hari Raya nanti.
“November masih jauh lagi. Kita masih boleh memilih sesiapa asalkan sudah mendaftarkannya dalam senarai 45 hingga 50.

Sumber:Berita Harian