August 18, 2010

Syarikat rokok selesai kemelut kewangan


KEMELUT kewangan yang dihadapi persatuan negeri mampu diselesaikan jika syarikat rokok dibenarkan menaja kancah bola sepak Liga M.

Keyakinan itu disuarakan oleh bekas Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berdasarkan pengalaman lalu yang menyaksikan badan induk bola sepak negara itu pernah mendapat tajaan kira-kira RM40 juta setahun

Berikutan itu FAM mampu memberi peruntukkan RM1 juta kepada untuk mengurangkan bebanan kewangan ahli gabungan.


Namun begitu, syarikat rokok berkenaan menamatkan kontrak dengan FAM pada tahun 2004 ekoran ketetapan Rangka Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) pada konvensyen WHO pada tahun 2003.


Pada konvensyen yang disertai 192 negara termasuk Malaysia bersetuju semua anggota mengharamkan atau mengenakan sekatan terhadap pengiklanan, penajaan dan promosi tembakau. “Tajaan daripada syarikat rokok mungkin jalan penyelesaian. Ia perlu dipertimbangkan demi kemajuan dan pembangunan sukan kegemaran utama rakyat negara ini itu.


“Walaupun cadangan ini bercanggah dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO ) tetapi kerajaan masih boleh membuat pertimbangan demi membangunkan sukan terutama permainan bola sepak.


Malah Raja Ahmad menegaskan sebuah negara jiran yang bola sepaknya ditaja oleh sebuah syarikat rokok. Sehubungan itu beliau berharap larangan tersebut dipertimbangkan semula kerana persatuan bola sepak negeri terpaksa menanggung perbelanjaan besar untuk mengurus sesebuah pasukan dalam Liga Malaysia.


Katanya, setiap persatuan bola sepak negeri memerlukan punca kewangan berjumlah lebih RM3 juta setahun untuk menampung kos pengurusan.


Selan tajaan oleh syarikat rokok, Raja Ahmad juga menyarankan pengecualian cukai kepada syarikast swasta yang membaitkan diri dalam penajaan sukan.


“Langkah ini akan mendorong pihak swasta untuk membabitkan diri dalam penajaan sukan. Ini akan mengelak persatuan sukan dariapda terpaska terlalu bergantung kepada kerajaan negeri,” katanya.

SUMBER