August 16, 2010

Roy Hodgson Mempertahankan Joe Cole dan Reina

Pengurus Liverpool Roy Hodgson mempertahankan pemainnya Joe Cole yang dilayangkan kad merah dan Jose Reina yang membuat kesilapan yang menyebabkan mereka terpaksa berkongsi mata dengan Arsenal dalam perlawanan pembuka musim di Anfield semalam. Aksi pertama Joe Cole bersama Liverpool dalam Liga Perdana berakhir sebelum tamat separuh masa pertama selepas dilayangkan kad merah akibat menerjah pemain baru Arsenal Laurent Koscielny. Walau bagaimanapun, Reds berjaya mendahului pada awal babak kedua melalui penyerang David Ngog.

Liverpool kelihatan seakan-akan berjaya menewaskan Arsenal namun begitu harapan mereka musnah ketika perlawanan sudah menghampiri masa tamat apabila Reina melakukan kesilapan selepas bola ditanduk oleh Maruone Chamakh tertampan Reina dan bola melepasi garis gol memberikan mata penyamaan buat Arsenal ke atas Liverpool.

Hodgson menolak untuk menyalahkan pemainnya lanjutan keputusan yang kurang memberangsangkan dimana baginya Cole kurang bernasib baik sehingga menerima kad merah dalam aksi malam tadi. Joe Cole yang cuba menerjah bola dengan kedua-dua kakinya bagaimanapun bertukar menjadi satu terjahan yang merbahaya ke atas Koscielny.

Hodgson turut mempertahankan kesilapan Reina dengan menyatakan bahawa Reina melakukan tugas terbaik dalam perlawanan semalam dan kesilapan begitu merupakan kesilapan yang biasa dalam bola sepak. Hodgson turut memuji Reina yang berjaya menghalang rembatan Rosicky daripada menerjah jaring.