August 17, 2010

Maradona minat latih Aston Villa


LONDON: Beberapa hari lalu ia cuma satu perkhabaran sahaja, tetapi semalam jelas legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sudah menyuarakan minat mendalam untuk menjadi pengurus baru kelab Aston Villa. Jurulatih yang membimbing Argentina layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, bulan lalu sudah bersedia menggantikan Martin O'Neill jika mendapat kepercayaan pihak pengurusan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.LONDON: Beberapa hari lalu ia cuma satu perkhabaran sahaja, tetapi semalam jelas legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona sudah menyuarakan minat mendalam untuk menjadi pengurus baru kelab Aston Villa.
Click Here
Jurulatih yang membimbing Argentina layak ke suku akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, bulan lalu sudah bersedia menggantikan Martin O'Neill jika mendapat kepercayaan pihak pengurusan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
"Diego tertarik dengan bola sepak Inggeris dan cara kehidupan di England. Saya difahamkan dia berminat berpindah ke Villa"

Walter Soriano
Jurucakap Maradona
Jurucakapnya dari Eropah, Walter Soriano berkata: “Diego tertarik dengan bola sepak Inggeris dan cara kehidupan di England. Saya difahamkan dia berminat berpindah ke Villa.”

Apapun, Maradona berdepan halangan kerana jika dia idamkan jawatan berkenaan dia terlebih dahulu perlu menewaskan calon lain – Martin Jol, Sven Goran Eriksson dan pengendali sementara, Kevin MacDonald.

Soriano menambah: “Maradona mencintai persekitaran di England dan juga sikap orang di sini yang menghormati sesama mereka. Dia akan gembira di sini dan khususnya bersama kelab yang besar seperti Aston Villa.

“Jika pemilik kelab (Randy Lerner) mahu membuat penawaran yang serius kepadanya saya pasti dia akan mendapat maklum balas yang positif.”
Steve Bruce juga dikaitkan antara calon lain selepas berjaya menambat perhatian Lerner ketika dia bersama Sunderland. – Agensi

Sumber: Berita Harian