August 17, 2010

Bellamy ke Cardiff???


Penyerang Manchester City, Craig Bellamy telah bersetuju menyertai kelab tempat kelahirannya Cardiff City sebagai pinjaman.Bellamy menyatakan bahawa dia tidak tersenarai dalam senarai 25 pemain di bawah kendalian Roberto Mancini yang bermain dalam Liga Perdana bersama Manchester City dan mengambil keputusan untuk bersama Cardiff city.

Pemain yang berusia 31 tahun itu sebelum ini dikaitkan dengan Tottenham Hotspur, Fulham, Liverpool dan Celtic dari SPL tetapi mengambil keputusan untuk kembali ke Wales untuk berunding dengan pengurus Cardiff Dave Jones pada isnin lepas.

Kapten Wales itu akan menyertai Cardiff yang bakal bertemu dengan Doncaster di Cardiff Stadium sabtu ini.

Berita tentang keputusan perpindahan itu akan diketahui pada Selasa.