June 24, 2010

BERBALOIKAH PEMBELIAN DAVID VILLA

Baru-baru ini kelab gergasi Sepanyol, Barcelona telah membida penyerang kebangsaan Sepanyol dan juga merupakan penyerang sensasi kepada Valencia, David Villa. Teknik permainan yang menarik dan membuatkan pertahanan pihak lawan menjadi kucar-kacir merupakan menjadi penarik kepada beberapa kelab yang ternama untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas ini. Larian yang pantas, gerak tubuh yang mengelirukan, dan tendangan yang padu merupakan skill yang dimiliki oleh David Villa yang menjadi kegilaan beberapa buah kelab gergasi yang ternama sama ada dari kelompok EPL mahupun La Liga.

Sebelum dibida oleh Barcelona, David Villa terlebih dahulu dikaitkan dengan perpindahan ke sebuah lagi kelab gergasi La Liga, Real Madrid dan juga sebuah kelab gergasi dari England, Manchester United. Bahkan berdasarkan beberapa sumber ada menyatakan bahawa pemain berbakat besar itu bakal menjadi milik juara EPL musim 2009/2010 Chelsea.

Walau bagaimanapun, pada awal bulan May 2010, arena bola sepak dikejutkan dengan persetujuan yang dicapai antara Valencia dengan Barcelona yang membenarkan David Villa berhijrah dan berkhidmat di Barcelona. Berita ini sekaligus menjadi berita yang paling gembira buat peminat Barcelona dan menjadi berita yang sedih buat peminat-peminat kelab lain yang dikaitkan dengan David Villa. Perpindahan Villa dari Valencia ke Barcelona adalah bernilai sekitar GBP40 juta.

Namun, apa yang bermain di fikiran pemerhati sukan ini ialah, berbaloikah pembelian Villa itu kepada Barcelona. Seperti yang diketahui sebelum ini, Barcelona telah memiliki beberapa nama yang hebat seperti Zlatan Ibrahimovic, Henry, Messi, Bojan, Pedro dan ramai lagi. Apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh Pep Guardiola berdasarkan kepada pembelian yang telah dilakukan ini. Jika dilihat dari segi kekuatan jentera serangan sebelum ini, Barcalona sememangnya digeruni oleh pihak lawan kerana kelab ini mempunyai penyerang yang sungguh berbakat besar, Zlatan Ibrahimovic.

Tidak dinafikan Zlatan sememangnya merupakan seorang pemain yang hebat dan digeruni oleh mana-mana kelab di dunia ini. Namun, pembelian Villa dilihat seolah-olah Barcelona masih tidak mempercayai kehebatan pemain dari Sweden itu. Selepas pembelian Villa, apa yang dapat ditafsirkan di sini ialah adakah Henry atau Zlatan akan dijual kepada kelab lain?