Showing posts with label tottenham. Show all posts
Showing posts with label tottenham. Show all posts

January 11, 2012

Pavlyuchenko Bakal Kembali Ke Negara Asal



Bos Tottenham, Harry Redknapp menjangkakan penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko bakal meninggalkan White Hart Lane pada Januari ini. Pavlyuchenko dikaitkan mungkin akan kembali ke negara asalnya.


QPR dan Fulham juga turut dikaitkan dengan perpindahan pemain Rusia ini, namun difahamkan bahawa Pavlyuchenko kini menerik minat Anzhi dan Spartak Moscow yang saling bersaing untuk mendapatkannya.


Redknapp berkata:"Dia berkemungkinan mahu keluar, namun kami tidak boleh menjualnya melainkan kami boleh menemui seseorang yang mampu mencipta perubahan buat kami.


"Tiada makna kalau saya menjualnya tanpa ada penggantinya.


"Pav mempunyai kualiti dan dia boleh bermain. Sekiranya dia kekal di sini, di mana anda boleh mencari penyerang terbaik? Anda tidak akan menjumpainya. Dia adalah penyerang yang berkualiti."

December 31, 2011

Samba Menjadi Pilihan Redknapp


Tottenham dilaporkan membuat persediaan untuk membawa masuk Christopher Samba pada Januari ini. Pemain kebangsaan Congo itu bernilai £10M.

Samba telah bermain 14 kali daripada 18 perlawanan bersama Blackburn dan telah menjaringkan dua gol; pengesanan yang terbaik untuk seorang pertahanan. Redknapp percaya gandingan Samba dan Dawson akan menjadikan benteng pertahanan Spurs sukar digugat.

Dawson dilaporkan akan kembali bersama kem Spurs pada Januari ini apabila pulih dari kecederaan nanti. Spurs kini berada di tangga ke-3 liga dengan tujuh mata dibelakang Man United dan City.

December 30, 2011

Modric Mahu Kekal DI Tottenham Sehingga Musim Panas


Bintang Spurs, Luka Modric menegaskan yang dia tidak akan meninggalkan kelab pada Januari ini, mendakwa dia gembira untuk terus bermain bersama Tottenham.

Playmaker Crotia itu bermain dengan begitu hebat pada musim ini, namun ia dilihat bakal meninggalkan White Hart Lane pada musim panas depan selepas membuat pendedahan mahu berhijrah ke Chelsea.

Namun pengerusi Spurs, Daniel Levy dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak akan menjual Modric.

Tottenham sekarang berada pada kedudukan ke-3 liga berada di belakang dua Manchester iaitu City dan United.

"Saya telah membaca semua berita dalam akhbar, tapi buat masa sekarang, saya tidak mahu ambil kisah tentang itu."kata Modric.

"Setelah mengambil kira banyak faktor, saya memutuskan untuk tidak berhijrah sehingga musim panas.

"Ini adalah fakta yang jelas mengapa saya masih kekal di Tottenham. Hubungan saya dengan Spurs amat baik dan Spurs memberi layanan yang baik kepada saya dalam setiap permainan."

October 16, 2011

Modric Lebih Profesional Dari Tevez



PENGURUS Tottenham Hotspur, Harry Redknapp berkata, Luka Modric tidak akan menjadi seperti penyerang Manchester City, Carlos Tevez yang berkelakuan seperti kebudak-budakkan dan tidak profesional.

Menurutnya, tindakan Tevez enggan beraksi ketika perlawanan Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich bulan lalu, tidak boleh dimaafkan dan percaya ia sebagai tanda protes pemain itu yang mahu meninggalkan kelab tersebut.

“Sebelum EPL bermula, Modric juga mahu berhijrah dan menyertai kelab lain, namun hasratnya tidak kesampaian.

“Kini dia sudah melupakan perkara itu dan fokus bersama pasukan. Modric tidak akan melakukan kerja gila seperti Tevez, semata-mata hasrat menyertai kelab lain tidak dipenuhi,” katanya.

Sebelum ini, Tevez dan Modric mengemukakan permohonan kepada kelab masing-masing untuk menyertai kelab lain, namun ditolak pengurusan kelab.

Sebelum saingan EPL bermula, Chelsea mahu mendapatkan khidmat Modric manakala Tevez dikaitkan dengan kelab Brazil, Corinthians.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

September 17, 2011

Transfer | EPL 17 September 2011 Gossip

Hampir menjadi milik Tottenham Hotspur. 

Bekas penyerang Man United, Ole Gunnar Solskjaer berada dalam senarai target pengurusan Blackburn, manakala pengurus sekarang, Steve Keane berjuang untuk mempertahankan kariernya bersama kelab itu.

Tottenham dan QPR kini bersaing bersama Paris Saint-Germain untuk mendapatkan David Beckham.

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp mengaku mereka pernah mencuba untuk membawa masuk Luiz Suarez ke White Hart Lane sebelum pemain itu berpindah dengan harga £22.8m ke Anfield pada Januari lepas.

Nicklas Bendtner yang kini dipinjamkan oleh Arsenal kepada Sunderland memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk kembali ke Arsenal.

Pertahanan antarabangsa Welsh, James Collins telah ditawarkan kontrak lanjutan selama dua tahun bersama Aston Villa selepas menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dibawah kendalian pengurus Alex McLeish.

Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pertahanan Real Madrid, Raul Albiol pada perpindahan Januari nanti.

Alan Pardew yang kini membimbing Newcastle United bercadang membida penyerang Southampton, Rickie Lambert sebanyak £5m.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

May 1, 2011

EPL | Chelsea vs Tottenham Hotspurs Highlight




INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!

March 10, 2011

UEFA Champions League: Seri Memadai Buat Spurs, Milan Gigit Jari

Tottenham_vs_MilanTottenham Hotspurs kini berada dalam kelas mereka tersendiri apabila berjaya melangkah kaki ke Lapan Pasukan Terakhir Liga Juara-juara selepas mencatat keputusan seri dengan AC Milan di White Hart Lane awal pagi tadi. Mereka berjaya mencatat kemenangan 1-0 di San Siro dan keputusan seri malam tadi sudah cukup buat mereka melangkah ke peringkat yang seterusnya.
Tottenham vs. AC Milan lineups

Tottenham: Gomes 5, Corluka 5, Dawson 8, Gallas 7, Assou-Ekotto 7, Lennon 7, Modric 6, Sandro 6, Pienaar 5 (Jenas 70 6), Van der Vaart 6 (Bale 67 4), Crouch 6 (Pavlyuchenho 82 5). Subs: Cudicini, Hutton, Bale, Jenas, Pavlyuchenko, Defoe, King.

AC Milan: Abbiati 6, Abate 6, Thiago Silva 7, Nesta 6, Jankulovski 6 (Antonini 70 6), Boateng 6 (Merkel 75 5), Flamini 6 (Strasser 87), Seedorf 6, Robinho 5, Ibrahimovic 4, Alexandre Pato 5. Subs: Amelia, Strasser, Papastathopoulos, Oddo, Merkel, Yepes, Antonini.

Referee: Frank De Bleeckere 6 (Belgium)

24 jam selepas Arsenal disingkirkan dari Liga Juara-juara oleh kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, Tottenham mendapat keputusan yang amat mereka nantikan untuk meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir .

Ini adalah keputusan yang amat membanggakan bagi Spurs dalam Liga Juara-juara. Ac Milan kini berada di tangga teratas liga dala Serie A manakala Spurs pula berada di tangga ke-5 Liga Perdana England. Harry Redknap kini boleh merasa bangga dengan pencapaian anak buahnya sejak mengambil alih sebagai jurulatih di kelab itu pada Oktober 2008.

January 16, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 16 JAN 2011

Malam ini meyaksikan beberapa lagi perlawanan yang akan berlangsung dan perlawanan yang paling menarik ialah anatara Tottenham Hotspur menentang Manchester United. Perlawanan malam ini bakal menyaksikan beberapa perubahan dalam kedudukan liga.

Birmingham v Aston Villa
Birmingham kini sedang berusaha untuk keluar dari zon penyingkiran, namun buat masa sekarang amat sukar untuk mereka mencari gol. Mereka kelihatan seolah-oah akan membawa masuk beberapa pemain baru dalam musim perpindahan, dan ini merupakan strategi mereka untuk terus kekal di dalam Premier League. Permainan mereka di gelanggang sendiri boleh dibanggakan dengan 2 kekalahan dari 10 perlawanan dan ini bukanlah sesuatu yang teruk bagi mereka.

Aston Villa juga kini dalam zon penyingkiran dan ini adalah rekod paling teruk mereka dalam liga. Walau bagaimanapun, keputusan seri 3-3 dengan Chelsea dalam perlawanan sebelum ini meletakkan mereka berada di dalam kelas tersendiri. Mereka mempunyai pemain penyerang yang bagus, namun kelemahan benteng pertahanan menjadi punca mereka sukar untuk mencatat kemenangan.

Sebenarnya amat sukar untuk menjangkakan pasukan manakah yang akan menang antara dua pasukan setempat ini. Namun kemungkinan Birmingham akan berjaya mencatat kemenangan dan mengutip 3 mata penuh.

Sunderland v Newcastle
Sunderland kini berusaha untuk menempatkan diri dalam Europa League musim depan dengan mencatat beberapa keputusan luar jangkaan. Namun begitu, mereka merupakan pasukan yang agak tidak konsisten jika dibandingkan dengan pasukan lain. Rekod perlawanan di tempat sendiri buat masa ini amat dibanggakan dengan hanya mencatat 1 kekalahan dari 11 perlawanan. Mereka kini menghuni tangga ke-6 liga.

Lawan Sunderland, Newcastle pula mempunyai rekod yang cemerlang ketika beraksi di tempat lawan namun mereka sukar untuk mencatat kemenangan di gelanggang sendiri. Jika mereka dapat mencatat keputusan seri malam ini sudah cukup untuk mengembirakan penyokong mereka setelah berjaya membelasah Sunderland 5-1 ketia perlawanan berlangsung di gelanggang mereka. Andy Carroll mungkin akan pulih dari kecederaan namun dia juga bersedia memberi peluang kepada Leon Best untuk beraksi malam ini. Leon Best juga menunjukkan aksi yang cemerlang apabila berjaya meledak hat-rik dalam perlawanan terakhirnya sebelum ini. Dengan kekalahan mengejut kepada Stevenage dalam Piala FA minggu lepas, pengurus pasukan pasti akan berusaha bagi memastikan anak buah mereka berjaya membawa pulang 3 mata berharga malam ini.

Namun mungkin agak sukar untuk Newcastle meneng malam ini dan mugnkin akan dimenangi Sunderland.

Liverpool v Everton
Liverpool akan bertemu Everton dalam pertemuan setempat dengan Kenny Dalglish kini menggalas cabaran kedua selepas mengambil alih tempat ROy Hodgson. Sekiranya mereka tewas malam ini, amat sukar untuk Dalglish membangunkan kembali moral pemain-pemiannya utnuk mengharungi baki perlawanan seterusnya. Steven Gerrard tidak dapat beraksi akibat digantung perlawanan, dan ini menjadikan usaha untuk mencatat kemenangan ke atas Everton menjadi bertambah sukar. Perkara yang lebih pedih melanda kem Liverpool ialah apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan kepada Blackpool pada Rabu.

Everton hanya tewas 3 kali dalam 11 perlawanan di tempat lawan, namun masalah mereka sekarang ialah terlalu banyak mencatatkan keputusan seri. Dengan ketiadaan Tim Cahill yang menggalas tugas dalam Piala Asia bersama Australia, mereka berharap agar Louis Saha akan menjadi senjata penjaring malam ini.

Perlawanan malam ini dijangka seimbang. Sukar untuk menjangkakan pasukan mana yang akan menang. Namun begitu perlawanan mugkin akan berakhir dengan keputusan seri.

Tottenham v Man United
Spurs berjaya menempatkan diri mereka dalam Liga Juara-Juara musim ini dan kemenangan malam ini akan meletakkan mereka sekali lagi dalam kempen Liga Juara-Juara musim depan. Namun lawan mereka malam ini bukanlah pasukan yang mudah apabila Man United menjadi pelawat kepada mereka. Rekod perlawanan mereka di gelanggang sendiri amat baik apabila hanya tewas 1 daripada 11 perlawanan, dan kemenangan malam ini bukan sahaja membuka peluang untuk mengejar kejuaraan bahkan mereka akan berjaya mendekatkan diri kepada 5 mata dengan Man United.

Man UNited berada di tangga teratas liga dan bermain dengan pasukan yang berada di bawah mereka menjadikan mereka menjadi pilihan untuk menjadi juara musim ini. Rekod perlawanan di tempat lawan tidak begitu dapat dibanggakan apabila berjaya mencatat 2 kemenangan daripada 9 perlawanan. Kedua-dua pasukan ini mempunyai peluang untuk menang perlawanan malam ini bergantung kepada nasib pasukan masing-masing.

Perlawanan ini merupakan perlawanan paling menarik minggu ini. Kemungkinan perlawnan akan berakhir dengan keputusan seri.

January 10, 2011

Beckham ke Tottenham

david_beckhamLONDON: Pengurus Tottenham, Harry Redknapp berkata, perjanjian David Beckham yang berkemungkinan dipinjamkan selama dua bulan, boleh berubah kepada perjanjian terus bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Perbincangan mengenai perjanjian pinjaman pemain tengah Los Angeles Galaxy itu akan disambung hujung minggu ini, dengan Beckham yang kini berusia 35 tahun, berhasrat untuk pindah ke Spurs.

Bekas kapten England itu dijadualkan akan kembali ke Galaxy Mac ini bagi musim baru Liga Bola Sepak Utama (MLS), tetapi hanya boleh berpindah selepas kontrak MLS tamat pada November.
Redknapp berkata: “Ada kemungkinan yang kami akan mengambil dia.”
Pengurus Spurs itu menyedari hakikat jika Beckham “datang dan melakukan yang terbaik, dia pasti boleh, saya juga pasti dia menerima banyak tawaran lain. Mereka mahukannya di Qatar... di seluruh dunia.” – AP