Showing posts with label EPL Transfers. Show all posts
Showing posts with label EPL Transfers. Show all posts

March 28, 2012

Chelsea Dikaitkan Dengan Perpindahan C. Ronaldo



Chelsea telah dikaitkan dengan pemain yang pernah menggemparkan peminat bola sepak dunia yang membuat perpindahan mega ke Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo. Pemain sayap Portugal itu meninggalkan Man United pada 2009 untuk berkhidmat dengan gergasi Sepanyol. Daily Telegraph hari ini melaporkan The Blues bersedia menyediakan £80 million untuk membawa masuk pemain yang berusia 27 tahun itu.


Ronaldo telah menjaringkan 45 gol dalam 42 penampilan liga setakat ini. ROman Abramovich perasan bahawa Chelsea sukar untuk menjaringkan gol sepanjang musim ini walaupun jentera serangan mereka dibarisi pemain ternama seperti Drogba dan Torres.


Daily Telegraph juga melaporkan Cristiano Ronaldo harus kembali ke ENgland dan bakal menjadi pemain yang menerima gaji termahal dunia iaitu £250,000 seminggu.

February 15, 2012

Tottenham Mendahului Untuk Hazard



LONDON: Tottenham semakin mengorak langkah untuk menandatangani bintang sensasi Lille, Eden Hazard apabila pemain tengah itu sendiri mendedahkan dia mungkin menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu. 


Arsenal sebelum ini dilihat sebagai calon pilihan untuk mendapatkan khidmat Hazard, 21, yang yuran perpindahannya bernilai 33 juta pound (RM157.8 juta) biarpun Chelsea, Manchester United dan Manchester City turut berminat mendapatkan bintang Belgium itu.


“Mungkin saya akan ke Tottenham. Mereka sebuah kelab yang cukup besar di England. 


Saya memang berminat untuk beraksi di England kerana ada ramai pemain yang hebat beraksi di sana,” kata Hazard.


Biarpun dirinya sering dikaitkan dengan kelab di England, Hazard turut bersedia berkelana ke Sepanyol atau Itali sebelum akhirnya memutuskan dia lebih berminat ke Liga Perdana Inggeris, bulan lalu. 


Hazard yang kini menjadi rakan sepasukan Joe Cole di kelab Perancis itu dikatakan bakal menjadi pembelian terbesar Tottenham. 


Namun pengurus Arsenal, Arsene Wenger dikhabarkan akan terus berjuang untuk mendapatkan Hazard. – Agensi

February 8, 2012

Kontrak Berbatov Disambung Lagi


LONDON - Manchester United bakal memperbaharui kontrak Dimitar Berbatov untuk tempoh selama setahun lagi.
Keputusan tersebut sekali gus menutup pintu buat penyerang antarabangsa Bulgaria itu untuk berhijrah ke kelab lain.
Kontrak Berbatov bersama skuad The Red Devils akan tamat pada musim panas ini, namun pihak pengurusan kelab telah bersetuju untuk melanjutkannya.
Sebelum ini, Berbatov, 31, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Paris Saint-Germain dan bekas kelabnya, Bayern Leverkusen ketika pintu perpindahan dibuka pada bulan lalu.
Bagaimanapun, jika Berbatov bersetuju untuk memperbaharui kontraknya bersama United, dia tidak akan menerima kenaikan gaji. Ketika ini. Berbatov dibayar sebanyak £100,000 (RM476,220) seminggu.
Menurut laporan, tujuan utama United memperbaharui kontrak Berbatov adalah untuk mencari dana bagi membawa masuk pemain baharu.
United akan mengalami kerugian sekiranya Berbatov dilepaskan begitu sahaja dan hasrat mereka untuk membawa masuk penyerang Tottenham Hotspur, Luka Modric pada musim depan akan menjadi sukar disebabkan kekurangan dana.
United dijangka mampu menjual Berbatov dengan nilai sebanyak £8 juta (RM38 juta) sekiranya pemain itu memperbaharui kontrak bersama mereka. - Agensi

February 6, 2012

Barca Tolak Perbincangan Van Persie



Naib Presiden Barcelona, Josep Bartomeu menafikan bahawa kelabnya ada membuka perbincangan dengan Arsenal untuk perpindahan Robin Van Persie.


Penyerang kebangsaan Belanda akan tamat kontrak di Emirates pada 2013, kini mula menimbulkan spekulasi berkaitan kedudukannya bersama Arsenal.


Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dilaporkan mahu menandatangani van Persie pada musim panas tahun ini.


Bagaimanapun, pihak Barca berkata mereka tidak pernah menghubungi  atau membuat sebarang tawaran kepada Arsenal untuk pemain itu dan kelabnya sekarang ini sedang fokus untuk memenangi liga dan Copa Del Rey.

January 21, 2012

RM149 Juta Untuk Tevez



PARIS - Carlos Tevez bersedia menerima gaji 43 juta pound (RM206 juta) jika usaha Paris Saint Germain (PSG) untuk membelinya daripada Manchester City menerusi yuran perpindahan 31 juta pound (RM149 juta) mencapai persetujuan.

Keseluruhannya, PSG perlu mengeluarkan 74 juta pound (RM355 juta) untuk membawa penyerang antarabangsa Argentina itu keluar dari City.

Gergasi bola sepak Perancis itu mencadangkan perjanjian 3 tahun setengah untuk khidmat Tevez, yang dilabel pemberontak dalam City dengan menawarkan gaji 10 juta pound (RM48 juta) setahun, iaitu menyamai apa yang dinikmati penyerang tersebut di City.

Selain menerima gaji lumayan, Tevez juga akan menerima 8.3 pound (RM40 juta) daripada yuran perpindahan.

Sebelum ini, usaha dua gergasi bola sepak Itali, Inter Milan dan AC Milan untuk mendapatkan penyerang berusia 27 tahun itu menemui kegagalan.

PSG bagaimanapun dikatakan sudah melengkapkan rundingan dengan penasihat Tevez, Kia Joorabchian.

Kini, mereka hanya perlu mendapatkan persetujuan akhir daripada pemain itu, yang pada mulanya lebih berminat untuk beraksi dalam Serie A, sama ada bersama AC atau Inter Milan.

"Semua orang tahu kami memerlukan penyerang. Carlos Tevez ? Ia adalah peluang terbaik buat kali untuk mendapatkan seorang penyerang yang hebat," kata pengurus PSG, Carlo Ancelotti - Utusan

January 19, 2012

Kejutan Buat Chelsea dan Torres



PARIS - Bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menegaskan, dia tidak berniat untuk memalukan Chelsea selepas tersebarnya berita bahawa dia berhasrat membawa bintang penyerang kelab Liga Perdana Inggeris itu, Fernando Torres ke kelab barunya, Paris Saint Germain (PSG).

Ancelotti yang disingkirkan Chelsea hujung musim lalu menerima dana yang besar daripada pemilik PSG dari Qatar dan dia mahu menggunakan kesempatan itu untuk membawa lebih ramai bintang dunia ke Perancis sepanjang pasaran perpindahan pemain dibuka.

Malah, beberapa agen pemain dari Eropah juga telah mendekatinya dengan cadangan pemain, malah memberitahunya dia juga boleh membeli Torres andai bintang penyerang Sepanyol itu berada dalam senarai pemain yang dimahukan.

Masih tidak dipastikan sama ada Ancelotti mahu bergabung sebelum dengan penyerang yang bergelut sepanjang berada di Stamford Bridge biarpun dia sendiri mengetuai misi membeli pemain itu dengan harga yang mahal, 50 juta pound (RM240 juta) dari Liverpool.

"Saya menerima panggilan daripada beratus ejen yang menawarkan saya pemain sejak saya menyertai PSG.

"Mereka menawarkan saya beberapa nama yang hebat, malah ada pemain yang baru menandatangani kontrak menakjubkan bersama kelab lain

"Semua mereka mahu datang ke sini. Inilah kuasa Paris, wang, jurulatih yang bagus dan reputasi kelab yang baik,'' kata Ancelotti.

Ketika ditanya, apakah nama Torres antara yang dijaja ejen tersebut, Ancelotti menegaskan, dia tidak mahu membincangkan secara terbuka siapakah pemain-pemain yang terlibat dalam rundingannya, termasuk Torres.

Chelsea sebelum ini menegaskan, Torres bukan untuk dijual, malah ketiadaan bintang penyerang Ivory Coast, Didier Drogba yang beraksi pada kejohanan Piala Negara-Negara Afrika sehingga pertengahan Februari, menjadikannya lebih mustahil untuk skuad Blues melepaskan Torres.

Sukar untuk digambarkan, bagaimana reaksi yang akan ditunjukkan Chelsea apabila menerima tawaran untuk membeli pemain berusia 27 tahun itu.

Biarpun baru menyertai PSG, Ancelotti tidak menyembunyikan minat untuk kembali ke Liga Perdana dengan Tottenham dan Arsenal kini disebut-sebut sebagai pasukan yang menjadi pilihannya. - Utusan

PSG, City Capai Persetujuan Untuk Tevez



PARIS - Penyerang Argentina, Carlos Tevez semakin hampir untuk menyertai pendahulu Ligue 1, Paris Saint Germain (PSG) selepas kelabnya, Manchester City mencapai persetujuan dengan gergasi bola sepak Perancis itu semalam, kata sumber PSG dan pemilik kelab, QSI.

PSG membuat tawaran untuk Tevez yang tidak lagi mendapat tempat dalam City sejak menolak untuk beraksi dalam satu perlawanan pada saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Namun dia masih memiliki tiga tahun setengah kontrak bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Perjanjian tersebut bergantung kepada persetujuan penyerang berusia 27 tahun itu yang sudah terbang ke Paris semalam untuk berunding.

Ironiknya, percubaan Tevez untuk berhijrah ke juara Serie A, AC Milan minggu lalu menemui kegagalan selepas penyerang Milan, Alexandre Pato menolak untuk berpindah ke PSG yang dilaporkan melibatkan perjanjian 28 juta euro (RM111.6 juta).

Pengarah Sukan PSG, Leonardo sudah lama berminat untuk mendapatkan khidmat bekas penyerang Lazio, Manchester United serta Boca Juniors itu.

Dia gembira dapat memperbaharui rundingan ekoran persengketaan yang berlaku di antara Tevez dan pengurus City, Roberto Mancini.

Sejak kemasukan Carlo Ancelotti ke PSG pada penghujung Disember, jurulatih dari Itali yang telah memiliki dua kejuaraan Liga Juara-Juara itu telah menuntut kelab untuk membawa masuk beberapa penyerang kelas dunia yang memiliki pengalaman.

Tevez meraih kejayaan bersama setiap kelab yang disertai, meskipun tidak pernah tinggal lama dalam sesuatu pasukan.
Dia pernah menjulang Copa Libertadores dan Piala Intercontinental Cup, yang kini dikenali sebagai Piala Kelab Dunia bersama kelab Argentina, Boca Juniors pada 2003 hingga mendapat jolokan 'the people's player' dari peminat.

Dia kemudian berpindah ke kelab Brazil, Corinthians dan membawa mereka muncul juara liga sebelum menyertai West Ham dalam Liga Perdana, di mana dia merobek gawang Manchester United dalam perlawanan terakhir musim.

Aksi cemerlangnya bersama West Ham menarik perhatian United dan dia menyertai gergasi Liga Perdana itu pada 2008, membantu mereka menjulang Liga Juara-Juara Eropah, mengalahkan Chelsea dalam penentuan sepakan penalti, sebelum mencetus kontroversi berpindah ke City. - Utusan

January 14, 2012

Inter Buka Rundingan Dengan Tevez



Inter Milan bersedia untuk membuka rundingan dengan Carlos Tevez selepas AC Milan gagal untuk mencapai sebarang persetujuan dengan penyerang itu.


Tevez berharap dapat keluar dari Etihad Stadium secepat mungkin dan ianya memberi kelebihan buat Rossoneri bagi membawa Tevez untuk bersama Inter Milan.


Terdapat satu masalah sepanjang rundingan antara City dengan Milan apabila City mahu menjual Tevez sedangkan dalam masa yang sama Milan hanya mahu meminjam pemain itu.


Inter telah menaruh minat kepada Tevez agak lama dan mereka mungkin akan berusaha sedaya-upaya untuk mendapatkan penyerang berbisa itu.


Laporan dari Itali menyatakan Inter bersedia dengan bidaan bernilai £20.8m untuk mendapatkan Tevez yang tidak lagi berada dalam senarai Mancini di Etihad Stadium.

Gibson Menjadi Milik Everton



Everton telah menandatangani midfielder Man United, Darren Gibson dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan.


Gibson menandatangani kontrak selama empat tahun setengah di Goodison Park selepas bersetuju dengan terma dan lulus ujian kesihatan.


Pemain yang berusia 24 tahun itu adalah pemain kedua yang dibawa Everton pada tetingkap perpindahan Januari ini selepas Landon Donovan kembali ke Goodison Park secara pinjaman dari LA Galaxy.


Gibson merasakan dirinya terpinggir di Old Trafford apabila hanya membuat dua penampilan bersama pasukan utama sepanjang musim ini.


Pemain yang berasal dari Republik Ireland sebelum ini telah meninggalkan United selama beberapa bulan untuk bersama Sunderland dan kini Everton pula membawanya ke Merseyside.


Ketibaan Gibson akan memberikan impak besar kepada skuad David Moyes dan akan diturunkan apabila dia pulih dari kecederaan.

January 13, 2012

United Tolak Bidaan Newcastle



Sky SPorts difahamkan Man United telah menolak bidaan daripada Newcastle United untuk pemain muda mereka, Ravel Morrison.


Morrison dilihat bersedia meninggalkan Old Trafford apabila gagal dalam rundingan kontrak barunya bersama Red Devils.


The Red Devils tidak bercadang untuk melepaskan Morrison memandang dia adalah pemain sayap terbaik yang ada dalam akademi United.


Newcastle pernah mencuba untuk membida pemain itu ketika umurnya 18 tahun.


Sekiranya Morrison meninggalkan Old Trafford pada musim panas akan datang, dia harus membawayar sehingga £300,000 sebagai pampasan untuk perbelanjaannya sehingga dia berumur 24 tahun.


Morrison membuat dua penampilan bersama skuad utama dalam perlawanan Piala Carling musim ini, percaya untuk meniggalkan kelab untuk bermain dalam kesebelasan utama.

January 12, 2012

Tony Fernandes Gelak Besar



Pemilik Queens Park Rangers, Tony Fernandes hanya mampu gelak apabila dikaitkan dengan usaha membawa masuk penyerang Man City, Carlos Tevez. Penyerang Argentina itu mahu keluar dari Etihad Stadium secepat mungkin.


Menurut laporan yang diterima, QPR berharap dapat membuat kejuatan untuk membawa masuk Tevez secara pinjaman walaupun Tevez seringkali dikaitkan denga AC Milan.


"Kamu tak pernah tahu- dia tidak akan berminat," kata Fernandes. "Dia merupakan pemain yang mempunyai gaji yang tinggi di dalam EPL dan saya fikir dia sekarang mahu keluar dari England."


Man City mahu menjual Tevez dan tidak berminat untuk meminjamkannya kepada mana-mana kelab.

January 11, 2012

Robbie Keane Lengkap Perpindahan Ke Aston Villa



Robbie Keane akan melengkapkan peminjamannya selama dua bulan ke Aston Villa dari LA Galaxy hari ini. Penyerang kebangsaan Ireland ini akan menyertai Aston Villa sehingga liga MSL bermula kembali.

Rakan senegara dan juga penjaga gol Aston Villa, Shay Given dilaporkan gembira mendengar berita itu: "Aston Villa membuat keputusan yang baik apabila mengambil Robbie Keane, dia adalah seorang yang sangat berkaliber," beritahu Given kepada wartawan.

"Saya tidak tahu sama ada dia cergas atau tidak, namun dia kelihatan mantap. Kami semua gembira dia di sini dan saya fikir dia mungkin akan menggunakan segala pengalamannya di sini.

"Dia mempunyai personaliti yang bagus. Dia juga begitu bagus ketika sesi latihan.

"Pemain muda yang ada di kelab ini boleh belajar sesuatu dari Keane, dia sangat fantastik."

QPR Mungkin Akan Bida Drogba



Penyerang Chelsea, Didier Drogba dilaporkan menjadi pilihan utama pengurus baru QPR, Mark Hughes untuk dibawa masuk ke Loftus Road pada tetingkap perpindahan yang sedang berlangsung. Menurut laporan yang diterima, QPR bersedia menawarkan kontrak dua tahun kepada Drogba dengan gaji mingguan sebanyak GBP135,000 seminggu.

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tidak mahu bersetuju dengan kontrak baru yang diminta oleh Drogba, dan penyerang itu dilaporkan mahu keluar dari kelab itu secepat mungkin.

Kelab dari China, Shanghai Shenhua juga berminat untuk mendapatkan Drogba, dimana mereka mahu menggandingkan Drogba dengan bekas rakan sepasukan, Nicolas Anelka yang menyertai kelab itu dari Chelsea pada bulan lepas.

QPR menyediakan dana sebanyak GBP25m untuk perpindahan Januari.

Balotelli Mahu Kekal Di Man City



Penyerang Man City, Mario Balotelli tidak bercadang untuk keluar dari kelab pada Januari ini, berikutan laporan pemain dari Itali itu berharap dapat berpindah sebelum jendela perpindahan tamat.


Balotelli gembira sejak melengkapkan perpindahan ke Man City daripada Inter Milan. Dia merupakan ayam tambatan buat Man City sehigga meletakkan The Citizens kini berada di puncak liga.


Berikutan terdapat khabar angin berkaitan perpindahan Balotelli ke negara asalnya, Balotelli mengesahkan dia gembira di Etihad Stadium selama ini:" Surat khabar mengeluarkan berita saya mahu pergi jauh dari Man City tapi saya tidak pernah memberitahu mereka.


"Mereka boleh menulis apa sahaja yang mereka mahu, namun saya kini berada di Man City, saya masih dibawah kontrak dengan Man City sehingga kini, tidak akan bercakap menegenai kontrak baru buat masa kini."

Pavlyuchenko Bakal Kembali Ke Negara Asal



Bos Tottenham, Harry Redknapp menjangkakan penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko bakal meninggalkan White Hart Lane pada Januari ini. Pavlyuchenko dikaitkan mungkin akan kembali ke negara asalnya.


QPR dan Fulham juga turut dikaitkan dengan perpindahan pemain Rusia ini, namun difahamkan bahawa Pavlyuchenko kini menerik minat Anzhi dan Spartak Moscow yang saling bersaing untuk mendapatkannya.


Redknapp berkata:"Dia berkemungkinan mahu keluar, namun kami tidak boleh menjualnya melainkan kami boleh menemui seseorang yang mampu mencipta perubahan buat kami.


"Tiada makna kalau saya menjualnya tanpa ada penggantinya.


"Pav mempunyai kualiti dan dia boleh bermain. Sekiranya dia kekal di sini, di mana anda boleh mencari penyerang terbaik? Anda tidak akan menjumpainya. Dia adalah penyerang yang berkualiti."

Arsenal Boleh Lanjutkan Peminjaman Henry



Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui dia mungkin akan mengekalkan Thierry Henry dalam jangka masa yang lama di Emirates Stadium. Henry menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Leeds United dalam perlawanan awal pagi tadi, penampilan pertamanya bersama The Gunners setelah dipinjam dari New York Red Bulls.


Thierry Henry dibawa masuk ke Arsenal untuk membantu Robin Van Persie dan juga Gervino dan Marouane Chamakh, yang kedua-dua pemain itu akan beraksi dalam Piala Afrika.


"Dia mempunyai enam minggu setengah dan kami tidak menjangka untuk lebih. Kami mungkin boleh mengekalkannya sehingga lapan minggu tapi tidak lama," kata Wenger.

January 9, 2012

Rooney Mahu Kekal Di Old Trafford



Penyerang Man United, Wayne Rooney bercadang untuk kekal bersama kelabnya dalam spekulasi perpindahan mengejutkan pada Januari ini. Penyerang England itu menjaringkan dua gol ketika menentang Man City yang menyaksikan Man United menang 3-2 dalam perlawanan Piala FA pusingan ketiga.

Rooney dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford pada minggu lepas, selepas ditemui ketika keluar makan malam bersama rakan sepasukannya.

Walau bagaimanapun, selepas kemenangan 3-2, Rooney berkata: 
"Semua berita yang anda dengar daripada wartawan adalah mengarut. Tiada masalah antara saya dengan kelab, saya mahu kekal lama di sini. Kami tahu ia adalah perjuangan yang penting."

Liverpool Menaruh Minat Terhadap Armin Bacinovic



Liverpool kembali menunjukkan minat terhadap difensive midfielder Slovania, Armin Bacinovic. Pemain yang berusia 22 tahun itu kini bermain bersama pasukan Palermo di Itali, namun beberapa kali menyatakan hasrat untuk bermain bersama pasukan di England.

The Reds dilaporkan mahu mendapatkan defensive midfielder pada tingkap perpindahan Januari yang sedang berlangsung sekarang, dengan Lucas dijangka akan berehat hingga hujung musim akibat kecederaan. Tambahan pula, Jonjo Shelvey dibenarkan untuk meninggalkan Anfield sebagai pemain pinjaman pada musim panas tahun ini.

Armin Bacinovic merupakan pemain yang cukup bagus di Italy, dan sejak tiba dari Maribor pada 2010, pemain itu sering ditempatkan dalam pilihan utama Rosanero.

Bacinovic masih mempunyai kontrak 4 tahun bersama Palermo, dan Palermo percaya harga pemain itu sekarang berada di sekitar GBP6.5m.

Arsenal Turut Melepaskan Arshavin


Kapten pasukan kebangsaan Rusia, Andrei Arshavin dilaporkan telah diberitahu bahawa dia kini bebas untuk meninggalkan Emirates bulan ini. Beberapa kelab besar menunjukkan minat terhadap bekas pemain Zenit ini, dengan Anzhi bakal mendapatkan pemain itu dengan harga sekitar 12m.

Sejak tiba di Emirates, Arshavin menunjukkan sesuatu yang menakjubkan, namun sejak beberapa bulan ini, dia gagal menujukkan prestasi yang cemerlang. Pengurus Arsenal, Arsene Wenger dilaporkan bersedia mendengar tawaran harga daripada mana-mana kelab yang sanggup membayar untuk mendapatkan pemain itu.

Kecemerlangan Gervinho dan Theo Walcott dalam setiap perlawanan terpaksa meletakkan Arshavin dibangku simpanan, dan pemain Rusia itu hanya dipanggil untuk bermain dalam tempoh 15-20 minit sahaja.

Chamakh Mungkin Akan Dijual



Kelab dari Itali, Fiorentina kelihatan berminat untuk mendapatkan penyerang Maghribi, Marouone Chamakh. Penyerang Arsenal itu dilihat sukar untuk menyesuaikan kehidupan dalam Liga Perdana sejak tiba dari Bordeaux, dan Arsene Wenger juga bersedia untuk melepaskannya.


Chamakh dijangkakan akan memberikan impak positif ketika tiba di Emirates Stadium, namun sehingga kini, pemain dari Maghribi itu dilihat kurang menyerlah disamping kurang diberi peluang beraksi apabila Wenger lebih gemar menggunakan khidmat Robin Van Persie.


Fiorentina dikaitkan dengan pemindahan penyerang itu, dan bersedia untuk menawarkan sekitar GBP5 juta untuk mendapatkannya. The Gunners sebelum ini telah menandatangani Thierry Henry secara pinjaman selama dua bulan sementara Chamakh akan beraksi dalam Piala Africa bulan ini.