Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts
Showing posts with label The Red Warriors. Show all posts
May 27, 2013
Kelantan Menanti JDT di Final Piala FA
KELANTAN memasang impian untuk bertemu pasukan status bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada final Piala FA musim ini.
Hasrat tersebut diluahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar kecil) selepas barisan pemain The Red Warriors menjelmakan kebangkitan yang menakjubkan untuk menumbangkan Terengganu 4-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Annuar berkata, pada aksi Liga Super minggu lalu, Kelantan tidak berkesempatan untuk mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut, sekali gus menyaksikan mereka tumbang 0-2 kepada Johor DT.
Menurutnya, sekiranya Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA, beliau mahu The Red Warriors mempertaruhkan barisan terkuat untuk menghadapi saingan pasukan dari selatan tanah air itu.
“Kita harap dapat bertemu Johor DT di pentas akhir sebab baru-baru ini kita tak puas hati kerana tak beraksi dengan skuad terbaik.
“Jadi, kita nak main dengan skuad penuh dan mahu menguji kekuatan dengan Johor DT di gelanggang berkecuali,” katanya di Kota Bharu semalam.
Tambahnya, beliau tetap mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak berada di zon selesa meskipun memiliki kelebihan empat jaringan sebelum bertandang ke gelanggang lawan esok.
“Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Terengganu.
“Pemain perlu meneruskan rentak konsisten pada perlawanan separuh akhir kedua nanti,” ujarnya.
Dalam pada itu, Annuar menghamburkan pujian kepada barisan pemain Kelantan yang telah menjelmakan kebangkitan pada 10 minit terakhir, sekali gus mengubah keputusan perlawanan bagi membolehkan The Red War- riors meraih kemenangan selesa.
Katanya, beliau gembira dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh barisan pemain Kelantan sepanjang perlawanan tersebut biarpun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit kedua permainan.
Annuar yang sebelum ini mengkritik keras percaturan taktikal Bojan Hodak yang merehatkan beberapa pemain tonggak ketika tumbang kepada Johor DT, akhirnya bersetuju dengan pendekatan jurulatih berkenaan pada perlawanan dengan Terengganu semalam.
“Malam ini (kelmarin) kita bersetujulah (dengan percaturan Hodak) yang menurunkan pemain-pemain utama.
“Yang saya tidak setuju ialah dia simpan pemain pada aksi menentang Johor DT tetapi selepas mendapat penjelasan daripadanya, kita terima pendekatan yang digunakan,” jelasnya.
Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Annuar mengecam tindakan jurulatih kelahiran Croatia itu di laman sosial Facebook miliknya sejurus perlawanan di antara Kelantan dan Johor DT tamat.
Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakannya tidak memasukkan beberapa pemain utama dengan alasan mahu memberi mereka rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu.
Annuar berkata, teguran yang dilakukan beliau di Facebook bertujuan untuk ‘menyedarkan’ anak-anak buahnya supaya bangkit, selain turut membayangkan mereka bakal menikmati ‘durian runtuh’ jika berjaya melangkah ke final Piala FA nanti.- Kosmo
JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Anak Pintar Cerdas
Tips Rumahtangga Bahagia
Jom Berhenti Merokok
Teknik Mendidik Anak
Rahsia Anak Soleh
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
May 22, 2013
Preview Johor Darul Takzim vs Kelantan
Preview Johor Darul Takzim - Kelantan: Harimau Selatan mahu baham Sang Kijang
Johor Darul Takzim akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan tumpuan antara dua pasukan besar malam ini
Fandi Ahmad mahu mengambil kesempatan di atas kepenatan yang dialami pasukan Kelantan apabila mereka akan menjadi tuan rumah kepada penyandang juara itu malam ini. Selepas mengalami kekalahan kepada Perak dan ATM, JDT meneruskan rentak kemenanangan selepas menewaskan PKNS FC 3-1 di gelanggang sendiri sebelum kalah kepada T-Team 1-2 di Terengganu.
Dengan prestasi yang agak baik di gelanggan sendiri (belum pernah tewas setakat ini), penyerang mereka, Safee Sali, Leonel Nunez dan Norshahrul Idlan Talaha dilihat akan mencuri tiga mata dan sekaligus merapatkan jurang dengan pendahulu liga Lions XII. Prestasi Norshahrul dilihat semakin cemerlang dalam beberapa perlawanan sebelum ini, terutama ketika menentang PKNS dan penyerang yang semakin cergas, Safee Sali juga kembali menunjukkan taring apabila berjaya menjaringkan gol ke atas T-Team.
Zamir atau Al-Hafiz mungkin akan diberi perhatian yang lebih oleh Fandi setelah Al-Hafiz dikeluarkan dalam perlawanan menentang T-Team manakala Kamarul Afiq pula mula menunjukkan kecemerlangan sebagai pertahanan tengah melalui permainan yang konsisten.
Bagi Kelantan pula, tersingkirnya dari saingan Piala AFC mungkin agak berat untuk diterima dan kepenatan yang dialami hampir-hampir memberikan mata penuh buat Selangor dalam perlawanan sebelum ini.
Dickson Nwakaeme yang masih belum cergas sepenuhnya mungkin akan diturunkan pada malam ini dan The Red Warriors sekali lagi akan membariskan kapten marvelous mereka, Badh Radzi untuk mengemudi bahagian tengah selain berperanan untuk mematahkan dominasi bahagian tengah JDT. Di bahagian pertahanan, Obinna Nwaneri berjaya menyekat kemaraan Forkey Doe ketika menentang Selangor dan Bojan Hodak sekali lagi akan menurunkan Obinna untuk bergandingan dengan Nik Shahrul untuk mematahkan jentera serangan trio JDT.
Related post:
Kesilapan Besar Filem Fast & Furious 6 [Entertainment]
Lisa Surihani vs Nora Danish vs Neelofa [Entertainment]
Gadget Terhangat Masa Depan [Technology]
JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Anak Pintar Cerdas
Tips Rumahtangga Bahagia
Jom Berhenti Merokok
Teknik Mendidik Anak
Rahsia Anak Soleh
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
May 14, 2013
Piala AFC: Kelebihan The Red Warriors
Kelebihan bermain di gelanggang sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya Red Warriors bagi memastikan kemenangan mutlak tercapai.
Tambahan pula, kesebelasan utama Kelantan kecuali Mohd Daudsu Jamaluddin yang masih belum cergas sepenuhnya, dapat diturunkan bagi memperkuatkan jentera serangan, pertahanan dan bahagian tengah apabila Dimitrios Petratos, Dickson Nwakaeme, Obinna Nwaneri dan Lci Kcitera disahkan bebas daripada kecederaan.
Peningkatan mendadak Indra Putra Mahayuddin ketika beraksi dalam saingan Liga Super bakal membantu Kelantan menyingkirkan naib juara Kumpulan E itu.
Jurulatih Bojan Hodak berkata, walaupun muncul juara Kumpulan G, Kelantan tidak boleh memandang rendah cabaran Kitchee FC.
Menurutnya Kitchee FC memiliki barisan pemain bertaraf antarabangsa dan kebangsaan seperti penyerang Cheng Siu Wai, Tsang Kam To (pertahanan) dan juga pemain import dari Sepanyol Jordi Tarres dan Pablo Counago.
“Jika ingin menang, pemain harus bijak merantai pemain terbabit terutama Tarres yang berjaya menjaringkan hatrik ketika bertemu Warriors FC dari Singapura, pada 1 Mei lalu,” katanya pada sidang media, semalam.
Hadir sama jurulatih Kitchee FC Josep Gombau dan pemain kedua-dua pasukan Faiz Subri dan Lo Kwan Yee.
Sementara itu, Gombau berharap pemainnya dapat mencipta keputusan positif dalam pertemuan yang dianggap berprofil tinggi itu.
“Kami akan bertemu pasukan agak kuat di Malaysia yang turut digelar ‘Gergasi Pantai Timur’, namun, kami tidak akan gerun dengan gelaran itu, sebaliknya, akan berjuang habis-habisan demi memburu kemenangan,” katanya.- mymetro
JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Anak Pintar Cerdas
Tips Rumahtangga Bahagia
Jom Berhenti Merokok
Teknik Mendidik Anak
Rahsia Anak Soleh
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
May 13, 2013
Nwakaeme Yakin Mampu Benam Kitchee
Keyakinan tersebut disuarakan oleh pemain berkenaan selepas The Red Warriors mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan sebelum ini termasuklah menumbangkan Negeri Sembilan 3-0 dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu.
Nwakaeme bagaimanapun mengakui pertemuan dengan Kitchee FC bukan tugas mudah kerana memerlukan semangat juang yang tinggi.
"Kitchee sebuah pasukan yang hebat, tetapi kami sudah bersedia untuk perlawanan tersebut dan sentiasa bekerja keras bagi memastikan Kelantan meraih kemenangan untuk layak ke pusingan suku akhir.
"Jadi saya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan persembahan terbaik bagi memastikan kita layak ke pusingan seterusnya. Peluang beraksi di tempat sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Dalam pada itu, penyerang kelahiran Lagos, Nigeria itu memberitahu kecederaan yang dialaminya sebelum ini semakin pulih.
"Kecederaan yang saya alami sebelum ini hampir pulih sepenuhnya. Untuk itu saya berharap dapat diturunkan pada perlawanan menentang Kitchee FC, bagi membantu pasukan meraih kemenangan.
"Sebagai penyerang, saya sentiasa mengimpikan beraksi di atas padang dan menjaringkan seberapa banyak gol bagi membantu pasukan mencatatkan kemenangan," jelasnya.
Setakat ini, Nwakaeme berjaya menjaringkan tiga gol dalam saingan Piala AFC dan Liga Super sejak menyertai Kelantan pada Mac lalu.
Nwakaeme berkata, dia semakin serasi dengan corak latihan permainan yang disusun oleh pengendali Kelantan, Bojan Hodak.
Menurutnya, dia juga mendapat sokongan rakan sepasukan seperti Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Shakir Shaari serta pengurusan pasukan.
Ujarnya, keadaan tersebut menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjuang membantu Kelantan meraih kejuaraan musim ini.-utusan
JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Anak Pintar Cerdas
Tips Rumahtangga Bahagia
Jom Berhenti Merokok
Teknik Mendidik Anak
Rahsia Anak Soleh
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
May 12, 2013
Bojan Gembira TRW Di Landasan Betul
Katanya, sekalipun beraksi di gelanggang lawan, tetapi pemain tidak menunjukkan suatu tekanan sebaliknya berjaya menggerakkan jentera pasukan dengan baik apabila mencipta banyak peluang jaringan.
“Cabaran menentang Negeri Sembilan bukan suatu tugas mudah, apa lagi mereka dalam usaha meraih kemenangan pertama musim ini dan sebab itu pemain sudah diingatkan lebih berhati-hati serta bijak memanfaatkan peluang jaringan.
“Saya amat puas hati dengan persembahan malam ini apabila pemain berjaya memperagakan aksi kemas dan mantap mendapatkan tiga mata berharga. Sememangnya kami turun dengan misi meraih tiga mata tetapi tidak menyangka mampu merakam jaringan besar.
“Syabas kepada pemain kerana merealisasikan sasaran ditetapkan kerana kemenangan amat penting untuk membolehkan pasukan memperbaiki kedudukan dan memberikan saingan dalam usaha kita mengekalkan kejuaraan,” katanya.
Kekal disiplin
Hodak berharap momentum kemenangan ini dapat diteruskan pada aksi berikutnya untuk membolehkan pasukan melonjak naik dalam kedudukan carta liga.
Dalam aksi kelmarin, rangkaian pemain berpengalaman, Mohd Badri Radzi, Indra Putra Mahyuddin dan Mohd Nor Farhan Mohamad menjadi pencetus kehebatan skuad The Red Warriors apabila masing-masing menjaring gol kemenangan skuad itu.-Bharian
JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli
Anak Pintar Cerdas
Tips Rumahtangga Bahagia
Jom Berhenti Merokok
Teknik Mendidik Anak
Rahsia Anak Soleh
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
May 4, 2013
Piya Mahu Sumbang Lebih Banyak "Gol Ajaib"
Hal ini timbul apabila Piya menjaringkan gol diluar jangkaan menerusi sepakan penjuru yang terus menjunam ke gawang Ayeyawady United dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV Selasa lepas.
Menurut Sports247, Piya berkata ia adalah gol yang paling cantik pernah disumbangkan olehnya sepanjang kariernya dan ia menjadi lebih istimewa apabila berjaya menjaringkan gol itu dalam perlawanan antarabangsa.
Dia juga memberitahu pernah menjaringkan gol sebegitu beberapa tahun lepas ketika menentang Perlis, namun tidak pernah menjangka akan melakukannya sekali lagi pada tahun ini.
"Saya cuba untuk menjaringkan gol melalui sepakan penjuru, namun gol ini adalah yang teristimewa kerana gol ajaib ini berlaku dalam perlawanan Piala AFC.
"Bagi saya ianya tidak mustahil untuk membuat jaringan seperti itu dalam perlawanan bolasepak, namun saya akui masih perlu berlatih dengan banyak," kata Kapten The Red Warriors itu.
April 27, 2013
Kelantan Mahu Jadikan Man United Sebagai Model
KAFA mahu menjadikan Manchester United sebagai contoh untuk mereka memperbaiki pengurusan dan pembangunan pemain
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) baru-baru ini telah membuat lawatan ke Manchester United dan sekaligus telah memberi idea untuk menambahbaik pengurusan persatuan pada masa depan.
Naib Presiden KAFA, Datuk Ismail Md Noor berkata, lawatan ke sana bertujuan untuk melihat dan menganalisis cara Manchester United menguruskan kelab, terutama dari aspek pembangunan pemain.
"Saya dapat melihat dan merasa Manchester United lebih kedepan dalam mengurus dan meningkatkan kelab.
"Satu aspek yang benar-benar mengagumkan saya ialah cara kelab menjana pendapatan mereka melalui penjualan merchandise sehingga jenama United menjadi begitu popular dan kuat," kata Ismail kepada wartawan.
Ismail juga memberitahu, dia akan mempersembahkan cadangan kepada KAFA untuk meniru beberapa aspek dari United.
"Tan Sri Annuar Musa mempunyai misi dan visi yang jelas dalam pembangunan jenama pasukan Kelantan.
"Sebagai bukti, tahun lepas KAFA dipilih sebagai persatuan terbaik."
April 24, 2013
Laporan Perlawanan: Maziya 6-1 Kelantan: Red Warriors Rebah di Maldives
Kelantan yang bermain dengan 10 pemain dimalukan oleh kelab Maldives di Stadium Rasmee Dhandu Male, Maldives
The Red Warriors memulakan permainan dengan tenang dengan bintang muda dari Australia, Dimi Petratos menerajui serangan bersama penyerang veteran, Haris Safwan.
Hanya tujuh minit yang diperlukan oleh Kelantan untuk memecah kebuntuan menerusi Haris Safwan. Haris berjaya menewaskan perangkap ofside Maziya apabila berjaya menyambut hantaran Norfarhan untuk menghasilkan jaringan yang mudah.
Kelantan bermain dengan agak cemerlang melalui Dimi Petratos yang banyak mendatangkan kerisauan kepada pertahanan pasukan tuan rumah dengan larian-larian pantasnya.
Walau bagaimanapun, keghairahan Kelantan untuk terus memburu gol terbantut apabila Zamri Ramli dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas penyerang Maziya, Asadulla.
Seolah-olah mendapat tonik baru, Maziya memanfaatkan kelebihan dengan terus memberikan tekanan kepada pasukan Kelantan namun refleks yang baik dari Khairul Fahmi berjaya menafikan beberapa percubaan dari Maziya.
The Green Boys berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Ahmad Rasheed yang mengambil kesempatan sepenuhnya di atas kecuaian pertahanan Kelantan untuk menewaskan Khairul Fahmi. Kelantan dilihat jelas terkejut dengan jaringan tersebut.
Ismail Mahfooz sekali lagi menggunakan kelebihan yang ada apabila bertukar-tukar serangan dengan Hassan untuk mendapat gol kedua sekaligus meletakkan mereka di depan dengan jaringan 2-1.
Beberapa ketika kemudian, Maziya berjaya menambah jaringan gol melalui jaringan Ismail. Jelas kelihatan Kelantan seolah-olah hilang punca bermain di hadapan penyokong lawan.
Nasib malang Red Warriors berterusan apabila Adham Hassan menjaringkan gol keempat dengan agak mudah. Kemudian, Adham sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini melalui aksi akrobatik. Bojan Hodak sekadar mampu menggeleng-geleng kepala melihat anak buahnya terus diratah pasukan tuan rumah.
Tidak cukup dengan lima gol, rembatan Asadulla yang terkena Khairul Fahmi sekali lagi menjunam ke dalam gawang Kelantan.
Khairul Fahmi jelas tertekan dengan tekanan yang diberikan pasukan tuan rumah.
Kekurangan barisan pertahanan Kelantan akibat kad merah yang dikenakan ke atas Zamri Ramli menjadi sebab rebahnya Red Warriors di bumi Maldives.
The Red Warriors memulakan permainan dengan tenang dengan bintang muda dari Australia, Dimi Petratos menerajui serangan bersama penyerang veteran, Haris Safwan.
Hanya tujuh minit yang diperlukan oleh Kelantan untuk memecah kebuntuan menerusi Haris Safwan. Haris berjaya menewaskan perangkap ofside Maziya apabila berjaya menyambut hantaran Norfarhan untuk menghasilkan jaringan yang mudah.
Kelantan bermain dengan agak cemerlang melalui Dimi Petratos yang banyak mendatangkan kerisauan kepada pertahanan pasukan tuan rumah dengan larian-larian pantasnya.
Walau bagaimanapun, keghairahan Kelantan untuk terus memburu gol terbantut apabila Zamri Ramli dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas penyerang Maziya, Asadulla.
Seolah-olah mendapat tonik baru, Maziya memanfaatkan kelebihan dengan terus memberikan tekanan kepada pasukan Kelantan namun refleks yang baik dari Khairul Fahmi berjaya menafikan beberapa percubaan dari Maziya.
The Green Boys berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain gantian, Ahmad Rasheed yang mengambil kesempatan sepenuhnya di atas kecuaian pertahanan Kelantan untuk menewaskan Khairul Fahmi. Kelantan dilihat jelas terkejut dengan jaringan tersebut.
Ismail Mahfooz sekali lagi menggunakan kelebihan yang ada apabila bertukar-tukar serangan dengan Hassan untuk mendapat gol kedua sekaligus meletakkan mereka di depan dengan jaringan 2-1.
Beberapa ketika kemudian, Maziya berjaya menambah jaringan gol melalui jaringan Ismail. Jelas kelihatan Kelantan seolah-olah hilang punca bermain di hadapan penyokong lawan.
Nasib malang Red Warriors berterusan apabila Adham Hassan menjaringkan gol keempat dengan agak mudah. Kemudian, Adham sekali lagi menjaringkan gol kedua peribadinya dalam perlawanan ini melalui aksi akrobatik. Bojan Hodak sekadar mampu menggeleng-geleng kepala melihat anak buahnya terus diratah pasukan tuan rumah.
Tidak cukup dengan lima gol, rembatan Asadulla yang terkena Khairul Fahmi sekali lagi menjunam ke dalam gawang Kelantan.
Khairul Fahmi jelas tertekan dengan tekanan yang diberikan pasukan tuan rumah.
Kekurangan barisan pertahanan Kelantan akibat kad merah yang dikenakan ke atas Zamri Ramli menjadi sebab rebahnya Red Warriors di bumi Maldives.
April 23, 2013
Preview AFC Cup: Kelantan Mahu Menang Ke Atas Maziya RS
The Red Warriors tahu kemenangan hari ini ke atas Maziya akan memastikan mereka layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC dan mereka pasti akan menurunkan barisan terkuat untuk mendapatkan tiga mata penuh. Selepas merehatkan Badhri Radzi dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, Bojan tidak mahu mengulangi kesilapan itu pada malam ini.
Mencari gol adalah masalah Kelantan buat masa ini jika mahu dibandingkan dengan musim lepas. Namun Kelantan kini boleh menarik nafas lega selepas berjaya mendaftar masuk Dickson Nwakaeme yang nampak begitu cemerlang di bahagian serangan. Kelantan bermain dengan cemerlang menunjukkan jalan keluar buat Sarawak dalam saingan Piala FA sebelum tewas 1-3 kepada ATM dan 2-1 kepada PKNS FC.
Tetapi jika dilihat dalam saingan Piala AFC, Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam saingan kumpulan dengan tiga kemenangan dan satu seri. Mereka kini selesa mengungguli kedudukan bagi kumpulan G dengan 10 mata.
Maziya berada dalam kedudukan ketiga dalam kumpulan. Selepas membuat permulaan yang baik ketika perlawanan berlangsung di Kota Bharu, dengan keputusan 1-1, mereka tidak menemui rentak untuk perlawanan yang seterusnya apabila tewas kepada Da Nang 3-2.
Mereka kemudian berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ayewayadi sebelum tewas kepada pasukan sama 3-0 dalam perlawanan timbal balik. Maziya tahu sekiranya mereka menang perlawanan malam ini, ia akan meningkatkan peluang buat mereka untuk layak ke pusingan seterusnya dan memberikan tekanan kepada pasukan di tangga kedua, Da Nang.
Mencari gol adalah masalah Kelantan buat masa ini jika mahu dibandingkan dengan musim lepas. Namun Kelantan kini boleh menarik nafas lega selepas berjaya mendaftar masuk Dickson Nwakaeme yang nampak begitu cemerlang di bahagian serangan. Kelantan bermain dengan cemerlang menunjukkan jalan keluar buat Sarawak dalam saingan Piala FA sebelum tewas 1-3 kepada ATM dan 2-1 kepada PKNS FC.
Tetapi jika dilihat dalam saingan Piala AFC, Kelantan adalah satu-satunya pasukan yang tidak pernah tewas dalam saingan kumpulan dengan tiga kemenangan dan satu seri. Mereka kini selesa mengungguli kedudukan bagi kumpulan G dengan 10 mata.
Maziya berada dalam kedudukan ketiga dalam kumpulan. Selepas membuat permulaan yang baik ketika perlawanan berlangsung di Kota Bharu, dengan keputusan 1-1, mereka tidak menemui rentak untuk perlawanan yang seterusnya apabila tewas kepada Da Nang 3-2.
Mereka kemudian berjaya mencatat kemenangan 3-1 ke atas Ayewayadi sebelum tewas kepada pasukan sama 3-0 dalam perlawanan timbal balik. Maziya tahu sekiranya mereka menang perlawanan malam ini, ia akan meningkatkan peluang buat mereka untuk layak ke pusingan seterusnya dan memberikan tekanan kepada pasukan di tangga kedua, Da Nang.
April 19, 2013
Preview Perlawanan: PKNS FC vs Kelantan FA
Barisan Kemungkinan
PKNS FC

Remezy
Noor - Remeli (c) - Zahid - Gunanlan
Faiz Isa - Azrin - Syamsul - Dzulkifli
Faiz
Wleh
Remezy
Noor - Remeli (c) - Zahid - Gunanlan
Faiz Isa - Azrin - Syamsul - Dzulkifli
Faiz
Wleh
KELANTAN

Fahmi
Ishak - Nik Shahrul - Obinna - Jamaludin
Subri - Badhri (c) - Shakir - Rosli
Indra - Nwakaeme
Fahmi
Ishak - Nik Shahrul - Obinna - Jamaludin
Subri - Badhri (c) - Shakir - Rosli
Indra - Nwakaeme
PKNS FC mungkin tidak mahu ingat kembali sejarah silam apabila dua kali tewas di tangan Kelantan pada musim ini, iaitu dalam Piala FA dan dalam Liga Super. Walau bagaimanapun, dalam perlawanan minggu lepas ATM yang tidak pernah menewaskan Kelantan dalam 12 perlawanan berjaya menang di kubu keramat Kelantan. PKNS dilihat mahu mencuba nasib seperti ATM dalam perlawanan malam ini.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, meletakkan kekalahan Kelantan pada minggu lepas adalah akibat jadual perlawanan yang begitu padat. Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan liga 10 mata dibelakang pendahulu.
Bojan Hodak semestinya akan memberikan fokus kepada tenaga anak buahnya untuk perlawanan bagi perebutan piala selepas dilihat sedikit sukar untuk mengekalkan momentum dalam saingan liga.
Pasukan tuan rumah malam ini pasti mahu menjadikan ATM sebagai idola, yang mana mampu menyerap tekanan Red Warriors sebelum berjaya membuahkan kemenangan kritikal 3-1 ke atas Pahlawan Merah.
Patrick Ronaldinho Wleh pasti akan menjadi ayam tambatan buat PKNS FC di samping menguji taktikal Haji Abdul Rahman Ibrahim untuk menggunakan pemain muda Nazmi Faiz. Seorang lagi pemain import PKNS, Helmi Loussaief masih lagi dibelenggu kecederaan.
Sebagai pasukan pelawat, Kelantan datang dengan semangat kemenangan selepas berjaya menewaskan Sarawak di Kuching pada Selasa lepas, dan akan terbang ke Maldives untuk berhadapan dengan Maziya Sports & Recreation tiga hari selepas perlawanan malam ini. Bojan harus menggunakan sistem pusingan pemain untuk menghadapi perlawanan selepas ini.
Obinna yang terlepas perlawanan dengan ATM dan Nwakaeme yang terlepas perlawanan menentang Sarawak akan diturunkan dalam perlawanan malam ini. Bagi Kelantan, mereka harus mencatat kemenangan malam ini dan tidak harus melepaskan sebarang mata jika mahu terus berjuang untuk ke puncak liga.
April 15, 2013
Kekalahan 1-3 di Tangan ATM: Annuar Musa Salahkan Jadual Perlawanan yang Padat
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, percaya kekalahan Kelantan kepada ATM adalah disebabkan masalah kecergasan akibat jadual perlawanan yang padat
Tan Sri Annuar Musa percaya kekalahan 3-1 di gelanggang sendiri kepada ATM, setelah 32 perlawanan tanpa kalah di Kota Bharu adalah disebabkan oleh terlalu penat selepas bermain tiga perlawanan yang melibatkan piala, manakala ATM pula banyak berehat sebelum perlawanan malam semalam.
Ramai pihak berpendapat anak buah Bojan Hodak telah kehabisan tenaga setelah terpaska melalui satu jadual perlawanan yang amat menggila dalam arena bola sepak. Bahkan, liga-liga bertaraf dunia sendiri tidak pernah mempunyai jadual yang padat seperti mana jadual perlawanan Kelantan.
Walaupun begitu, Tan Sri Annuar Musa dapat menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka.
"Keletihan dan penggantungan Obinna memberi kelebihan buat ATM yang turut bermain lebih cemerlang dari kita," kata Annuar melalui laman Facebooknya.
Dalam perlawanan itu, ATM berjaya memperolehi tiga jaringan gol di Kota Bharu untuk mengutip tiga mata berharga dari gelanggang juara.
Annuar bagaimanapun berharap kekalahan itu tidak mematahkan semangat pemain Red Warriors dan akan memastikan mereka terus melakukan yang terbaik sehingga liga tamat.
April 11, 2013
Bojan Puji Kehebatan Anak Buah
The Red Warriors menang perlawanan ini setelah satu-satunya gol yang dijaringkan dalam perlawanan ini hadir melalui pemain import Kelantan, Dickson Nwakaeme. Dickson yang mendapat bola hantaran jauh dengan pantas menuju ke arah gol walaupun dihalang oleh dua pertahanan Da Nang sebelum menolak masuk bola ke gawang lawan.
Kelantan memulakan perlawanan tanpa beberapa pemain tonggak kerana direhatkan untuk perlawanan menentang ATM.
Ketiadaan Piya jelas menampakkan kekurangan penguasaan bola di bahagian tengah pasukan Kelantan dalam perlawanan semalam.
Namun dengan kemasukan Indra, corak permainan Kelantan terus berubah dan Kelantan bermain dengan sedikit offensive untuk meranapkan kedegilan jentera pertahanan tuan rumah.
Selepas perlawanan Bojan berkata: "Saya gembira menang hari ini walaupun tanpa beberapa tonggak utama.
"Kredit harus diberikan kepada penjaga gol kami, Khairul Fahmi Che Mat dan pertahanan yang bermain dengan begitu baik hari ini untuk mengekang asakan jentera serangan lawan."
Dengan kemenangan ini, Bojan yakin Kelantan akan mara ke peringkat seterusnya.
Kelantan meneruskan rentak tanpa kalah dalam saingan Piala AFC apabila mencatat tiga kemenangan dan satu seri dan sekaligus meletakkan mereka sebagai pendahulu kumpulan G.
Random post: "Saya pilih Nwakaeme"- Piya
March 1, 2013
Kelantan Optimis Hadapi Perak
Setelah berjaya mencuri satu mata pada pertemuan menentang Pahang, minggu lalu, The Red Warriors (TRW) tampil dengan semangat baharu dan kali ini tampak begitu bersedia untuk menjadikan Perak sebagai mangsa kebangkitannya apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Hodak berkata, berdepan dengan Perak merupakan satu lagi ujian terpenting buat beliau dan barisan pemainnya tidak mempunyai pilihan selain perlu menewaskan skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah itu jika mahu memperbaiki kedudukan dalam carta liga.
“Perak merupakan pasukan yang kuat pada musim ini. Memang kita pernah menewaskan mereka 6-0 di Kota Bharu pada musim lalu, namun malam ini adalah cerita baharu bagi kedua-dua pasukan.
“Lima gol yang dilepaskan oleh benteng akhir mereka daripada tujuh perlawanan setakat ini membuktikan pasukan ini cukup liat untuk ditumbangkan. Tetapi saya harap akan ada jaringan yang terhasil di Kota Bharu malam ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Malah pengendali dari Croatia itu turut menamakan tonggak pertahanan import Perak, Rafael Souza Silva Novais, pemain yang mempunyai susuk badan yang tegap mampu menyekat asakan menggila barisan penggempurnya dalam perlawanan itu.
Mengulas mengenai persiapannya, Hodak akui penangguhan perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang PKNS FC pada Selasa lalu tidak memberi sebarang kelebihan buat pasukannya.
“Perak pun berehat panjang kerana tidak beraksi pada perlawanan kelapan (bertemu Lions XII) dan tidak terbabit dengan kempen Piala FA setelah tersingkir awal. Jadi, kedua-dua pasukan mempunyai tempoh yang panjang (melakukan persiapan), cuma yang saya bimbang ialah keadaan cuaca di sini,” katanya
Sementara itu, Hodak mengesahkan Kelantan kehilangan dua tonggak utama apabila berdepan Perak dan beliau berharap pengalaman yang dimiliki tiga bekas pemain skuad Seladang iaitu Indra Putra Mahayuddin, Keita Mandjou dan K Nanthakumar dapat mengimbangi kekuatan pasukannya.
“Nik Mohd Shahrul Azim (Ab Halim) tidak akan disenaraikan kerana belum pulih daripada kecederaan buku lali manakala peluang Mohd Shakir (Shaari) masih 50-50 untuk diturunkan. Saya akan nilai keadaan beliau pada latihan petang ini (semalam),” katanya.
November 6, 2012
Annuar Mahu Berdiam Diri
Annuar menerusi laman sosial facebooknya kelmarin, menjelaskan beliau belum berhasrat untuk memberikan sebarang komen berhubung isu yang melibatkan pasukan bola sepak Kelantan.
Tiga minggu tidak mengikuti berita dalam negara kerana tumpuan sepenuhnya kepada ibadat haji dan umrah.
Banyak berita sensasi nampaknya termasuk hal bola, KAFA dan The Red Warriors turut terlibat.
Saya belum berhasrat apa-apa komen buat masa ini. Biar kita dengar dulu segala berita dan komentar," katanya.
Selepas Kelantan menjulang kejuaraan tiga piala buat kali pertama musim ini mereka dikejutkan dengan hasrat peledak berbisa Norshahrul Idlan Tahala yang menyuarakan hasrat untuk meninggalkan pasukan berkenaan musim hadapan.
Norshahrul dilaporkan mendapat tawaran lumayan dari Johor dengan bayaran gaji berjumlah RM 80,000 sebulan.
Namun hasrat tersebut terbantut apabila KAFA enggan melepaskan pemain tersebut dan mahu tonggak kebangsaan itu yang masih mempunyai baki kontrak selama setahun kekal bersama Red Warriors.
Utusan Malaysia pada 2 November lalu melaporkan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikhabarkan perlu membayar lebih RM1 juta sekiranya masih berminat mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan itu.- Utusan Malaysia
October 25, 2012
Kontrak Nwaneri dan Mandjou Dilanjutkan
Bagaimanapun, dua lagi pemain import, Mohammed Ghaddar dan Mijo Dadic yang masing-masing dari Lubnan dan Croatia masih dalam proses perbincangan sama ada mahu menyambung kontrak untuk musim depan atau sebaliknya.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, khidmat Nwaneri dan Mandjou masih diperlukan untuk musim depan.
“Melihat kepada prestasi cemerlang dipamerkan Nwaneri sepanjang bersama Kelantan, kita menawarkan kontrak baru untuk dia kekal dan Mandjou juga tetap kekal kerana dia akan beraksi untuk Piala AFC, musim depan.
“Mengenai kontrak Ghaddar dan Dadic pula, kita masih berbincang dengan kedua-dua pemain itu dan besar kemungkinan mereka juga akan kekal untuk musim depan,” katanya di Kota Bharu, semalam.
Dalam pada itu, menurut Azman, kontrak dua lagi pemain import, Denny Antwi dan Emmanuel Okine tidak diperbaharui dan mereka boleh mencari pasukan lain musim depan.
“Antwi dan Okine menyatakan hasrat mereka untuk beraksi di negara ini dan kita akan memberi peluang kepada mereka untuk berhijrah ke mana-mana pasukan yang sedia mendapatkan khidmat mereka.
“Kami tidak mahu menghalang hasrat mereka untuk beraksi dan pihak pengurusan akan menghantar surat tawaran perpindahan kepada beberapa pasukan dalam Liga Perdana dan Liga Super. Kita juga berhasrat mendapatkan pemain baru untuk musim depan, sama ada mendapatkannya dari negeri lain atau memilih pemain skuad Piala Presiden, namun perkara itu masih dalam perbincangan,” katanya.- myMetro
Pemain Kelantan Dapat Tunai Umrah
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Exco hari ini, yang melihat kejayaan Kelantan merangkul piala paling berprestij itu, sekali gus meraih gelaran ‘treble’ pertama merupakan satu sejarah bagi landskap bola sepak negeri ini.
"Kerajaan Negeri mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan di atas kejayaan ini. Kita berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan barisan pemain yang berjaya membawa pulang piala tersebut buat kali kedua ke negeri ini.
"Jika pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersedia memberi lot tanah, kita hari ini bersetuju untuk memberikan sumbangan dalam bentuk pakej mengerjakan umrah sebagai tanda penghargaan daripada pihak kerajaan negeri,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.
Dalam perlawanan akhir edisi ke-86 pada Sabtu lalu, Kelantan berjaya menewaskan Angkatan Tentera Malaysia menerusi kemenangan dramatik 3-2 untuk menjulang Piala Malaysia buat kali kedua dalam tempoh empat tahun.
Sebelum ini, Kerajaan Negeri pernah menghadiahkan pakej mengerjakan umrah kepada pemain dan pegawai pasukan bola sepak Kelantan setelah muncul naib juara Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun 2009.
Malah pada tahun 2010, Kerajaan Negeri juga memberikan ganjaran RM200,000 kepada pemain dan pegawai pasukan The Red Warriors setelah berjaya menamatkan penantian selama 89 tahun dengan memenangi Piala Malaysia pada musim tersebut.
Menurut Ahmad, kerajaan negeri juga bersetuju untuk mengadakan jamuan rakyat secara besar-besaran bagi meraikan kejayaan pasukan Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 3 November ini.
"Ia akan dihadiri sendiri Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) bagi meraikan kejayaan itu. Peminat The Red Warriors juga dijemput hadir beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ahmad menjelaskan, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V juga memberi perkenan untuk berangkat bagi meraikan wira The Red Warriors pada satu lagi majlis yang diatur oleh Kerajaan Negeri tidak lama lagi.- Sinar Harian
October 22, 2012
Pasca Piala Malaysia 2012: Reaksi Dua Jurulatih
Pengurus Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tewas dalam perlawanan itu.
"Kelantan adalah salah satu pasukan yang terbaik di negara ini, satu peluang baik sekiranya dapat bermain bersama mereka."
Namun bekas jurulatih Kelantan itu sedikit terkilan dengan prestasi beberapa orang pemain Kelantan pada masa tambahan yang dilihat sengaja menjatuhkan diri semasa perlawanan sedang berlangsung.
Disamping itu, B. Sathinathan juga mengumumkan akan mengambil beberapa orang pemain muda untuk cabaran musim depan.
"Kami sentiasa memandang kedepan untuk musim akan datang. Mungkin akan ada muka baru akan diperkenalkan. Saya berharap kami dapat menandatangani beberapa orang pemain muda walaupun saya tahu ia adalaha sedikit susah," katanya.
Bagi Bojan Hodak pula, pasukannya terpaksa menyerap beberapa tekanan yang dilakukan oleh pasukan ATM. "Sejujurnya, kami bermain dengan baik pada sepatuh masa pertama. Kami mencipta beberapa peluang dan meghasilkan satu jaringan sebelum tamat separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pula, kami masih mengekalkan rentak permainan namun masalah mula timbul apabila Subra mengalami kecederaan."
S. Subramaniam terpaksa dikeluarkan selepas berlaku pelanggaran dengan Hairuddin Omar pada awal separuh masa kedua. Ketiadaan pertahanan yang mantap itu digunakan sepenuhnya oleh ATM apabila Rezal Zambery meledak gol penyamaan buat ATM.
Apabila ditanya mungkinkah Kelantan akan menghabiskan perlawanan dengan awal, Bojan Hodak berkata,"Saya fikir kami terlalu banyak bermain di kawasan sendiri berbanding melancarkan serangan ke kawasan lawan.
"Saya tidak begitu gembira dengan prestasi anak buah saya selepas Indra menjaringkan gol, namun pada penghujung perlawanan, kami menang piala itu," tambahnya lagi.
Norshahrul Idlan Talaha yang menyumbangkan dua gol buat Kelantan menunjukkan prestasi yang cemerlang dan telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan. Bojan memuji penyerangnya itu," Dia menunjukkan pada kita semua malam ini bahawa dia seorang pemain terbaik bukan sahaja di Malaysia bahkan di Asia Tenggara."
October 17, 2012
Afiq Azmi Intai Kesebelasan Utama Kelantan
Dengan penggantungan Muhammad Ghaddar dan Norfarhan Mohammad, peluang untuk Afiq disenaraikan dalam kesebelasan utama semakin cerah selepas pemain berusia 23 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dibawah kendalian Bojan Hodak.
"Sekiranya saya dipilih oleh jurulatih, ia dilihat sebagai peluang terbaik saya dan saya pasti akan memberikan yang terbaik untuk membantu pasukan,"katanya kepada Harian Metro.
Namun begitu Afiq mengakui ketiadaan Ghaddar dan Farhan merupakan satu kehilangan besar buat Kelantan.
"Kami kehilangan dua tonggak utama namun saya yakin ia tidak memberi impak yang besar kepada fokus kami dan pemain lain akan memainkan peranan masing-masing."
Untuk rekod, Afiq telah menjaringkan empat gol dalam kempen Piala Malaysia setakat ini.
May 20, 2012
Sime Darby 0-1 Kelantan: Red Warriors Catat Sejarah Tersendiri Dalam Perlawanan Yang Sukar
Dalam suasana yang begitu bingit di Stadium Nasional Bukit Jalil, Norshahrul Idlan Talaha dilihat mampu memberi sinaran buat Kelantan namun rembatan lemahnya berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Sime Darby, Redzuan Harun.
Pertahanan Kelantan, S. Subramanian terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan dan digantikan dengan Rizal Fahmi. Pertukaran itu langsung tidak memberi kesan kepada pertahanan Kelantan malah tandukan Ghaddar hasil daripada sepakan percuma Badhri Radzi tersasar sedikit dari palang gol.
Penyerang berbisa Sime Darby, Patrick 'Ronaldinho' Wleh membuat satu larian yang bagus, namun larian sejauh 50 meter itu berakhir dengan satu rembatan yang sia-sia apabila bola melambung tinggi melepasi palang gol Kelantan.
Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan namun Sime Darby dilihat begitu gembira dengan keputusan tersebut kerana berjaya membuat jentera serangan Kelantan mati akal dalam usaha memburu gol.
The Red Warriors kembali dengan membuat satu pergerakan yang superb pada separuh masa kedua dan mempunyai beberapa peluang keemasan.
Mohd Fairuz menjatuhkan Obinna Nwaneri di dalam kotak penalti dan Suhaizi Shukri tanpa teragak-agak memberi sepakan penalti buat Kelantan. Mohammad Ghaddar berjaya membuat satu sepakan tipu helah dan sekaligus berjaya menggembirakan hampir 80 ribu penyokong setia Red Warriors.
Chanturu kemudian memberi laluan kepada Azuan Roya untuk merasai pentas final. Larian yang dilakukan Awe banyak mengelirukan pertahanan Sime Darby.
Mohammad Ghaddar membuat satu skill yang cantik sebelum membuat hantaran silang yang cantik namun tandukan Badhri Radzi tidak menemui sasaran.
Kelantan mempunyai peluang keemasan terakhir melalui Indra Putra namun half-volley yang dilakukannya melambung tinggi melepasi palang gol Sime Darby.
Perlawanan berakhir dengan jaringan 1-0 dan Kelantan berjaya merangkul juara Piala FA buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan dan penyokong setia Pahlawan Merah pasti akan bergembira di atas kemenangan bersejarah ini.
November 8, 2011
TRW yang Terawal Umum Senarai Pemain 2012
Tan Sri Annuar Musa mengumumkan senarai pemain TRW 2012.
Pasukan Kelantan The Red Warriors muncul pasukan pertama yang membuat pengumuman rasmi senarai pemain yang akan beraksi bersama pasukan untuk musim 2012. KAFA menerusi presidennya, Tan Sri Annuar Musa membuat satu majlis ringkas bersama media dan penyokong pagi tadi, di Cafe TRW Station bagi mengumumkan senarai penuh pemain yang sudah menandatangani kontrak termasuk pemain import.

Penyerang Lebenon, Muhammed Ghaddar SAH sertai TRW 2012.
Setakat ini, KAFA sudah menandatangani tiga orang pemain import dimana dua darinya akan didaftarkan untuk bermain Liga Malaysia dan Piala AFC 2012 manakala seoarang lagi hanya didaftarkan untuk saingan Piala AFC. Hal ini berlaku, kerana untuk saingan liga Malaysia, FAM menghadkan hanya dua pemain import dibenarkan bermain untuk satu pasukan, manakala AFC pula membenarkan pasukan mendaftar sehingga empat pemain.
Kelantan yang dilihat serius untuk bersaing didalam Piala AFC terpaksa mengambil risiko dengan menandatangani maximum empat pemain import yang dibenarkan AFC. Setakat hari ini, sudah tiga import sudah didaftarkan, manakala tambahan seorang lagi import untuk saingan AFC bakal menyusul kemudian.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!