Showing posts with label Terengganu FA. Show all posts
Showing posts with label Terengganu FA. Show all posts

May 27, 2013

Kelantan Menanti JDT di Final Piala FA


KELANTAN memasang impian untuk bertemu pasukan status bintang dari selatan tanah air, Johor Darul Takzim (Johor DT) pada final Piala FA musim ini.

Hasrat tersebut diluahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar kecil) selepas barisan pemain The Red Warriors menjelmakan kebangkitan yang menakjubkan untuk menumbangkan Terengganu 4-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.

Annuar berkata, pada aksi Liga Super minggu lalu, Kelantan tidak berkesempatan untuk mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan tersebut, sekali gus menyaksikan mereka tumbang 0-2 kepada Johor DT.

Menurutnya, sekiranya Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA, beliau mahu The Red Warriors mempertaruhkan barisan terkuat untuk menghadapi saingan pasukan dari selatan tanah air itu.

“Kita harap dapat bertemu Johor DT di pentas akhir sebab baru-baru ini kita tak puas hati kerana tak beraksi dengan skuad terbaik.

“Jadi, kita nak main dengan skuad penuh dan mahu menguji kekuatan dengan Johor DT di gelanggang berkecuali,” katanya di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, beliau tetap mengingatkan barisan pemainnya supaya tidak berada di zon selesa meskipun memiliki kelebihan empat jaringan sebelum bertandang ke gelanggang lawan esok.

“Perlawanan masih berbaki 90 minit dan kita tidak boleh mengambil mudah kemampuan Terengganu.

“Pemain perlu meneruskan rentak konsisten pada perlawanan separuh akhir kedua nanti,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar menghamburkan pujian kepada barisan pemain Kelantan yang telah menjelmakan kebangkitan pada 10 minit terakhir, sekali gus mengubah keputusan perlawanan bagi membolehkan The Red War- riors meraih kemenangan selesa.

Katanya, beliau gembira dengan kesungguhan yang dipamerkan oleh barisan pemain Kelantan sepanjang perlawanan tersebut biarpun dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat pada minit kedua permainan.

Annuar yang sebelum ini mengkritik keras percaturan taktikal Bojan Hodak yang merehatkan beberapa pemain tonggak ketika tumbang kepada Johor DT, akhirnya bersetuju dengan pendekatan jurulatih berkenaan pada perlawanan dengan Terengganu semalam.

“Malam ini (kelmarin) kita bersetujulah (dengan percaturan Hodak) yang menurunkan pemain-pemain utama.

“Yang saya tidak setuju ialah dia simpan pemain pada aksi menentang Johor DT tetapi selepas mendapat penjelasan daripadanya, kita terima pendekatan yang digunakan,” jelasnya.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Annuar mengecam tindakan jurulatih kelahiran Croatia itu di laman sosial Facebook miliknya sejurus perlawanan di antara Kelantan dan Johor DT tamat.

Bagaimanapun, Hodak mempertahankan tindakannya tidak memasukkan beberapa pemain utama dengan alasan mahu memberi mereka rehat yang secukupnya bagi menghadapi perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Terengganu.

Annuar berkata, teguran yang dilakukan beliau di Facebook bertujuan untuk ‘menyedarkan’ anak-anak buahnya supaya bangkit, selain turut membayangkan mereka bakal menikmati ‘durian runtuh’ jika berjaya melangkah ke final Piala FA nanti.- Kosmo


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

Hodak Puas Hati


Percaturan Bojan Hodak Menjadi, Annuar Musa Menabur Pujian


Kota Bharu: Jurulatih Kelantan Bojan Hodak berpuas hati kerana berjaya mengikis kecaman yang mengatakan beliau membuat ‘percaturan bodoh’ sebelum ini, apabila membenam Terengganu 4-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.


Sebelum ini, jurulatih dari Croatia itu dikecam penyokong sendiri apabila percaturannya menyimpan tiga tonggak utama Mohd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin dan Muhammad Norfarhan Muhammad menyebabkan tewas 0-2 kepada musuh ketat Johor Darul Takzim (JDT) dalam saingan Liga Super 22 Mei lalu.


Bagaimanapun percaturannya yang merehatkan tiga tonggak itu berhasil apabila berjaya mencatat kemenangan dengan membawa bekalan selesa bagi perlawanan timbal balik di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu esok.

Hodak berpuas hati dengan semangat juang anak didiknya yang tidak berputus asa walaupun ketinggalan di awal permainan sebelum bangkit pada 10 minit terakhir bagi memastikan sebelah kaki ke final.


Katanya, pujian juga harus diberikan kepada penyokong yang membantu memberi sokongan moral malah menyuntik semangat kepada pemainnya supaya tidak mengalah dan berjuang sehingga tiupan wisel penamat.


“Saya berpuas hati kerana apa yang dirancangkan menjadi. Bagaimanapun kita masih ada 90 minit dalam perlawanan timbal balik dan kita menyasarkan untuk mencari sekurang-kurangnya satu jaringan di tempat lawan untuk memberi tekanan kepada mereka,” katanya.- MyMetro


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

TRW Mahu Jumpa JDT


Kelantan mahu jumpa Johor Darul Takzim di final Piala FA bagi melunaskan hutang yang tertunggak di Larkin


MESKIPUN saingan separuh akhir kedua Piala FA belum bermula, juara bertahan, The Red Warriors tampil lebih awal memasang impian besar mahu bertemu seteru baharunya, Johor Darul Takzim (JDT) dalam pentas final pada 29 Jun depan.


Bukan bermaksud memperkecilkan peluang Pahang, namun Kelantan yang kini selangkah ke final setelah meraih kemenangan besar 4-1 ke atas Terengganu akui ‘lebih berminat’ bertemu skuad Harimau Selatan itu sekali gus mahu membalas dendam di atas kekalahan 0-2 dalam saingan Liga Super, baru-baru ini.

Malah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa turut membayangkan kesediaan pasukannya berentap kali ketiga menentang JDT sambil menyifatkan gelanggang neutral cukup sesuai bagi dua pasukan itu membuktikan kehebatan masing-masing.

“Kita harap sangat dapat jumpa JDT pada perlawanan akhir nanti. Baru-baru ini, kita tak puas hati (tewas 0-2 di Larkin), sebab tak turunkan barisan terkuat. Jadi, kita mahu menguji mereka dengan kekuatan sebenar Kelantan.

“Saya yakin Kelantan boleh ke final. Kita tahu kualiti yang ada pada pemain, cuma sepanjang musim ini kita berdepan banyak masalah hingga menimbulkan kesulitan kepada jurulatih untuk menyusun kesebelasan terbaik," katanya kepada Sinar Harian sejurus tamay perlawanan separuh akhir pertama, malam kelmarin.

Menurut Annuar, beliau memanggil semua pemain dan pegawai pasukan pada satu majlis tertutup dua hari lalu dan memberitahu mereka kemenangan ke atas Terengganu cukup penting kerana ia berkait rapat soal maruah pasukannya.

“Kita mesti ke Bukit Jalil, kena masuk final sebab kita adalah juara bertahan. Saya beri ganjaran cukup besar sekiranya Kelantan boleh melangkah ke perlawanan akhir dan pemain kita membuktikannya malam ini.

“Inilah kualiti yang saya mahu lihat pada pemain Kelantan. Dalam bola sepak, tak boleh menguasai sepanjang masa, kita ketinggalan satu gol sehingga minit ke-79 tetapi pemain menunjukkan semangat kental untuk bangkit mencipta kemenangan” katanya.

Mengulas percaturan Bojan Hodak pada perlawanan tersebut setelah beliau secara terbuka membidas pengendali Kelantan itu dalam laman sosialnya baru-baru ini, Annuar secara berseloroh berkata, sekali sekala pemain dan pegawai pasukannya harus menerima kejutan.

“Malam ini kita setujulah dengan cara dia. Yang kita tak setuju bila Hodak simpan pemain tapi memandangkan dia beritahu saya keutamaannya ialah Piala FA, maka saya terima dan dia kena buktikanlah,” katanya.- Sinar Harian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

May 25, 2013

Preveiw Separuh Akhir Piala FA Pusingan Pertama: Kelantan FA vs Terengganu FA

Preview Kelantan - Terengganu: Pertemuan yang sukar buat jiran Pantai Timur

Kelantan akan menjadi tuan rumah kepada Terengganu untuk perlawanan pusingan pertama separuh akhir Piala FA selepas kedua-dua pasukan tewas dalam perlawanan liga sebelum ini


Kedua-dua pasukan telah bertemu lawan masing-masing dalam saingan liga pada Rabu lalu, namun kedua-duanya tewas kepada Johor DT dan Selangor. Pengendali Kelantan, Bojan Hodak dilihat mempunyai sesuatu yang dianggap rahsia apabila tidak menurunkan Badhri Radzi, Indra Putra dan Dickson Nwakaeme sebagai kesebelasan utama menentang JDT.

The Red Warriors, pasukan yang semakin sukar untuk mempertahankan kedudukan sebagai juara Liga Super Malaysia, akan bekerja keras untuk memastikan mereka dapat mengekalkan title juara untuk Piala FA, dimana mereka telah memenangi piala ini sebahagian daripada treble musim lepas. Dickson, Piya, Norfarhan dan Indra Putra kesemuanya akan diturunkan dalam perlawanan malam ini untuk mengambil kelebihan bermain di halaman sendiri dan mahu menjaringkan seberapa banyak gol yang boleh sebelum pusingan kedua.



Terengganu yang tewas kepada Selangor pula pasti akan cuba mendapatkan gol di tempat lawan melalui pemain kebangsaan seperti Abdul Manaf dan Ashaari Samsudin. Sang Penyu berjaya menewaskan Negeri Sembilan di peringkat suku akhir, mungkin boleh mengambil kesempatan di atas kedudukan Kelantan yang kurang konsisten dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, anak buah Elavarasan memerlukan pertahanan yang kental untuk menyekat kemaraan Indra dan Dickson, manakala bahagian tengah  harus lebih baik dari Badhri Radzi untuk mengawal permainan.


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB

April 17, 2013

Piala FA: Tiga Timur Satu Selatan Ke Separuh Akhir


KELANTAN akan bertemu Terengganu sementara Pahang  menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir Piala FA yang akan berlangsung bulan depan.

Pada perlawanan suku akhir kedua malam tadi, Kelantan berjaya menumpaskan Sarawak 2-0 untuk menang agregat 4-1 di Stadium Negeri di Kuching.

Sebelum ini, Kelantan mendahulu Sarawak 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Sultan Muhammad IV.

Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-18 dan Mohd Norfarhan Muhammad pada minit ke-30.

Sementara itu, turut mengiringi Kelantan ke separuh akhir ialah satu lagi pasukan Pantai Timur iaitu Terengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Sultan Nasiruddin Shah.

Terengganu yang mendahului Negeri Sembilan 3-1 pada perlawanan pertama sebelum ini meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan pasukan pelawat 3-0.

Tiga gol Terengganu dijaringkan oleh Ashaari Samsudin pada minit ke-24 sebelum Effa Owana meledak gol pada minit ke-53 dan 73.

Di Stadium MP Selayang, naib juara Piala FA musim lepas, Sime Darby gagal mengulangi pencapaian tersebut apabila tewas dengan agregat 0-2 kepada Pahang.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama.

Pemain import Pahang, Matias Conti muncul waira buat pasukannya apabila menyumbangkan dua gol pada minit ke-75 dan ke-80.

Harimau Selatan merupakan pasukan terakhir mengesahkan slot apabila berjaya menewaskan Selangor menerusi sepakan penalti 4-2 selepas kedua pasukan terikat dengan agregat 3-3  sepanjang  120 minit tamat masa perlawanan.

Dalam aksi 90 minit di Stadium Shah Alam, Selangor tewas 1-2 kepada JDT  walaupun tuan rumah mendahului pelawat hasil jaringan Mahali Jasuli pada minit 28 sebelum bintang import baru Harimau Selatan dari Argentina, Leonel Nunez menjaringkan gol minit 66 dan 86.

Selangor sebelum ini menewaskan JDT 2-1 pada perlawanan pertamam di Stadium Larkin.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 25 Mei untuk aksi pertama sebelum timbal balik pada 28 Mei ini.

Berikut keputusan suku akhir kedua Piala FA:

Terengganu 3-0 Negeri Sembilan
* Terengganu mara dengan agregat 6-1

Sime Darby 0-2 Pahang
* Pahang mara dengan agregat 2-0

Kelantan 2-0 Sarawak
* Kelantan mata dengan agregat 4-1

Selangor 1-2 Johor Darul Takzim (JDT)
* JDT mara dengan kemenangan 4-2 menerusi sepakan penalti



September 7, 2012

Butler Mahu Kekal Jadi Jurulatih Terengganu



Peter Butler mendedahkan dia tiada rancangan untuk meninggalkan pasukan yang dilatih sekarang dan meramalkan masa depan yang cerah untuk Sang Penyu dibawah bimbingannya.

Peter James Butler, jurulatih Terengganu yakin pasukannya akan menjadi lebih baik musim depan walaupun terdapat kontreversi yang melibatkan beberapa orang pemainnya.

Pengurus berbangsa Inggeris itu sebelum ini menjadi pengurus kepada pasukan Kelantan, telah membuat perancangan untuk membantu pemain muda bersama skuad Penyu supaya mereka boleh menjadi satu pasukan yang kompetitif pada masa hadapan.

"Saya gembira di sini namun sedikit terkilan  ( akibat masalah yang melanda pasukan ) kerana saya belum pernah menghadapi semua ini sepanjang karier sebagai jurulatih dan pemain," katanya ketika ditanya pemberita di Kuala Terengganu semalam.

"Namun saya telah mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan saya merancang untuk memantapkan pasukan pada musim hadapan."

Terengganu menamatkan kempen Piala Malaysia di pusingan awal setelah mereka tewas kepada ATM 2-0 di gelanggang sendiri.

May 24, 2012

Kelantan 3-2 Terengganu: Kelantan Mara Ke Suku AKhir AFC Walau Dengan 10 Pemain



Perlawanan terpaksa ditangguhkan selama 45 minit akibat daripada hujan lebat namun peminat setia Kelantan tidak berganjak dari tempat duduk masing-masing, akhirnya menyaksikan pasukan kesayangan mereka memperolehi kemenangan yang berharga. Cukup mengagumkan, The Red Warriors menyerang ibarat peluru berpandu apabila mereka berjaya mendapatkan gol mudah seawal minit kedua hasil jaringan Norfarhan.


Kelantan terus membina satu corak permainan yang menarik walaupun dalam keadaan padang basah dan hasilnya Kelantan berjaya menambah jaringan melalui gol kedua Norfarhan apabila berjaya memastikan bola menerjah gawang Terengganu hasil daripada sepakan penjuru.


Terengganu begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gol. Forkey Doe dilayangkan kad kuning apabila mengasari pertahanan Kelantan.


Kelantan kemudian menjaringkan gol ketiga melalui sepakan percuma dari Rizal 'The Rocket Man'. Sepakan percuma sejauh 25 meter itu berjaya menewaskan Sharbinee dan seolah-olah menutup terus peluang Terengganu dalam peringkat kalah mati ini.


Memasuki separuh masa kedua, corak permainan Terengganu berubah secara mendadak apabila melakukan serangan yang bertali arus ke kubu Kelantan.


Hasil daripada kerja keras Terengganu, Ismail Faruqi berjaya menjaringkan gol cantik untuk kedudukan 3-1.


Pada minit ke-84, Obinna Nwaneri menjatuhkan Hadi Yahya di dalam kotak dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk memberikan sepakan penalti kepada Terengganu. Obinna juga dilayangkan kad merah  selepas membantah keputusan pengadil perlawanan. Forkey Doe tidak mensia-siakan peluang yang ada apabila mudah menewaskan khairul Fahmi Che Mat untuk Terengganu merapatkan jurang jaringan menjadi 3-2.


Bermain dengan 10 orang pemain menjadikan Kelantan lebih banyak bertahan. Terengganu jelas gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan Kelantan yang dikawal ketat oleh jentera pertahanan Red Warriors.


Kemenangan ini pasti menjadi satu pembakar semangat buat Kelantan untuk meneruskan rentak cemerlang dalam perlawanan suku akhir Piala AFC nanti.


Note: KAFA mungkin akan didenda RM10 RIBU akibat sikap tidak bertamadun segelintir penyokong yang membaling objek dan mercun ke dalam padang.

May 23, 2012

AFC Cup Preview: Kelantan vs Terengganu



Kelantan kini masih segar dengan kemenangan Piala FA yang pertama kali buat mereka pada Sabtu lepas, namun mereka kini harus bersedia untuk cabaran menentang Terengganu esok. Pemenang dalam perlawanan malam esok akan dapat meneruskan perjuangan ke peringkat suku akhir Piala AFC, yang setakat ini hanya berjaya dicapai oleh Selangor pada tahun 2006.


Bekas jurulatih Kelantan, Peter James Butler kini telah menjadi sebahagian daripada musuh Kelantan dalam pertemuan malam esok. Jurulatih berbangsa Inggeris itu telah dibuang oleh KAFA pada bulan Mac lalu, mungkin akan menjadikan perlawanan malam esok sebahagian daripada misi membalas dendamnya.


Jurulatih Kelantan Bojan Hodak pula mungkin berada dalam tekanan apabila S. Subramanian masih lagi belum pulih dari kecederaan. Jadi mungkin Rizal Fahmi sekali lagi akan digandingkan dengan Obinna Nwaneri di bahagian pertahanan tengah.


Di bahagian tengah pula, Badhri Radzi (Piya) akan digandingkan bersama Nurul Azuan Roya.


Bojan juga dilihat bakal menggandingkan Norshahrul Idlan Talaha bersama dengan FA Winner Man Muhammad Ghaddar di bahagian hadapan untuk memberi impak yang lebih menggerunkan kepada jentera pertahanan Terengganu.


Bagi Terengganu pula, Muslim Ahmad akan diberi kepercayaan untuk mengemudi bahagian pertahanan. Jadi menjadi tanggungjawab Muslim untuk cuba mengawal Ghaddar dan Obinna Nwaneri sekiranya Kelantan memperolehi set-pieces.


Sang Penyu juga meletakkan harapan yang tinggi kepada penyerang mereka Forkey Doe untuk membolosi gawang Kelantan. Doe telah menjaringkan 12 gol sepanjang musim ini dan ianya mungkin bertambah sekiranya pertahanan Kelantan memberi terlalu banyak ruang kepadanya.


Perlawanan antara dua musuh setempat ini pasti akan menjadi perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua penyokong dan juga peminat bola sepak Malaysia.

May 14, 2012

Peter Butler Ambil Alih Terengganu FA



Peter Butler, yang menjadi sebahagian daripada warga Kelantan FA satu masa dulu kini bakal kembali ke Pantai Timur Malaysia.


Pengurus yang berbangsa Inggeris itu telah menandatangani kontrak 18 bulan bersama Terengganu FA, mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Mat Zan Mat Aris yang dipecat 
selepas melalui musim yang sukar di samping tidak mendapat sokongan daripada peminat.


Butler yang sebelum ini telah menjadi jurulatih di Persiba Balikpapan dalam Liga Super Indonesia, dengan menjadi jurulatih yang paling berjaya sepanjang dua tahun iaitu dari tahun 2006 hingga 2008.


Terdapat laporan mengatakan Butler tidak akan bersama-sama Terengganu apabila mereka bertandang ke Sarawak pada Selasa ini untuk pertemuan Liga Super.


Namun apa yang mengejutkan, Butler akan membuat penampilan bersama Terengganu dalam perlawanan kalah mati Piala AFC menentang Kelantan di Kota Bharu pada 23 Mei ini.


Terengganu ditunjukkan jalan keluar pada peringkat separuh akhir oleh pasukan Liga Perdana, Sime Darby untuk perlawanan Piala FA. Terengganu kini berada di tangga ke empat liga.

January 18, 2012

Forkey Doe Buat Penyu Bertaring


PENAMPILAN sulung pemain import, Francis Forkey Doe dalam saingan Liga Super musim ini membawa tuah buat Terengganu apabila penyerang dari Liberia itu meledak gol tunggal perlawanan ketika membantu pasukan menewaskan Sarawak 1-0 di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi. 

Terengganu yang disuntik semangat membara selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan dua pemain importnya - Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil beraksi menggunakan sepenuhnya peluang mencuri tiga mata di lubuk keramat Bujang Senang.

Skuad tuan rumah kendalian Robert Alberts bagaimanapun bermula garang dengan melakukan beberapa serangan berbahaya menerusi pemain importnya, Guy Bwele dan penyerang utama, K Ravindran yang sebelum ini meledak satu gol pada setiap perlawanan.
Namun keghairahan barisan pemain Bujang Senang menyerang kubu pasukan kendalian Mat Zan Mat Aris itu berjaya dikekang benteng pertahanan kental yang diterajui kapten pasukan, Marzuki Yusof. 

Terengganu yang hadir dengan reputasi naib juara Liga Super dan juara Piala FA sebaliknya bijak menghidu peluang untuk merobek jaring tuan rumah, dan kelekaan barisan pertahanan Sarawak yang diketuai kapten pasukan, Hairol Mokhtar, membuka ruang buat Forkey melepaskan rembatan kencang ke arah gawang yang dijaga Saiful Amar Sudar. 

Sarawak yang tersentak dengan jaringan berkenaan cuba mengatur serangan dengan kesempatan terbaik diterima melalui sepakan sudut Ashri Chu Chu pada minit-42, namun tandukan Hairol dapat ditepis penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee. 

Pada babak kedua, Sarawak mula menukar corak permainan dengan memasukkan Zamri Morshidi menggantikan K Rajan, dan penyerang tempatan itu mendapat peluang terbaik pada minit ke-60 namun tendangannya tepat ke dakapan Sharbinee. --Bharian

January 14, 2012

Terengganu Tetap Berjuang



BEBAN berat kini dipikul pemain-pemain Terengganu dalam misi memulihkan semangat pasukan itu yang kini dihimpit kontroversi gara-gara salah faham melibatkan persatuan negeri dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Namun, pendekatan profesional kini dilakukan kapten pasukan skuad Penyu itu, Marzuki Yusof yang memikul tanggungjawab besar untuk menaikkan semangat rakan sepasukan menjelang pertemuan menentang Felda United.
Naib juara Liga Super itu akan turun pada perlawanan kedua liga di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini selepas tewas mengejut 0-1 kepada Perak di Ipoh, Selasa lalu.
“Saya akui semua orang kini bercakap mengenai Terengganu ekoran daripada kontroversi itu. Namun sebagai pemain, kami mengambil pendekatan profesional dengan hanya menumpukan kepada perlawanan di atas padang.
“Biarlah masalah itu diselesaikan oleh persatuan dengan cara terbaik dan tugas kami sebagai pemain adalah beraksi sebaik mungkin,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Justeru, Marzuki berharap rakan-rakan sepasukannya dapat menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri malam ini untuk meraih kemenangan pertama dalam liga.
Ujarnya, hanya kemenangan sahaja yang dapat memulihkan maruah Terengganu daripada terus menjadi kecaman pihak-pihak luar.
“Apa yang boleh saya katakan ialah semua pemain begitu bersemangat untuk beraksi malam esok (malam ini).
“Para pemain juga sudah bersepakat untuk menolak ketepi segala kontroversi ini dan memandang ke hadapan bagi membantu pasu- kan mencari kemenangan,” jelasnya.
Mengulas ketiadaan pemain import dalam pasukan Terengganu ketika ini, Marzuki mengakui ia sedikit sebanyak memberi kesan tetapi tidak menjejaskan rentak permainan pasukan.
“Memanglah kalau kami ada pemain import, ia mungkin membantu tetapi kami perlu percaya kepada kemampuan pemain yang ada,” katanya.--Kosmo

January 7, 2012

Azab Terengganu



"MEMANG mudah untuk memohon maaf tetapi kesannya PBSNT yang tanggung."
Demikian tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh ke atas permohonan maaf yang dibuat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung kontroversi surat pekeliling bertarikh 23 Disember lalu.
Che Mat dalam nada kecewa berkata, FAM sebagai sebuah badan sukan bola sepak utama di negara ini sepatutnya lebih arif dalam mengeluarkan sebarang arahan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ahli gabungannya.
Justeru katanya, kesilapan ini perlu dijadikan iktibar buat badan sukan itu agar lebih memberi ruang dan mendengar suara ahli-ahli gabungan di peringkat negeri.
"Apa yang PBSNT buat ini (mendapatkan pemain import) adalah berdasarkan pekeliling daripada FAM tetapi kini kita terpaksa menerima hakikat bahawa dua pemain import kita tidak boleh beraksi dalam Liga Malaysia," katanya kepada Kosmo! semalam.
Jelasnya lagi, PBSNT juga terpaksa menanggung sengsara ekoran daripada kesilapan teknikal yang dilakukan FAM, termasuk kerugian dari segi kewangan, masa dan tenaga.
"PBSNT sebagai salah satu ahli gabungan FAM tidak boleh berbuat apa-apa. Jika kita menentang, kita bakal berdepan hukuman. Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima hakikat ini," ujarnya.
Ditanya mengenai nasib dua pemain import yang telah ditandatangani iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil, Che Mat masih enggan menjelaskan dan akan berbincang dengan pihak pengurusan dalam masa terdekat.
"PBSNT sendiri tidak pasti apa yang perlu dilakukan kerana perkara ini baru sahaja berlaku," ujarnya.
Semalam, Kosmo! mendedahkan kontroversi baharu yang dialami PBSNT ekoran kehadiran surat pekeliling bertarikh 23 Disember yang dikeluarkan FAM.
Dalam surat berkenaan, FAM secara jelas menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini.
Bagaimanapun, FAM mengakui kesilapan berlaku apabila pekeliling itu sebenarnya merujuk kepada pendaftaran pemain import untuk kempen Piala AFC dan bukannya untuk Liga-M.--Kosmo Online

October 20, 2011

Piala Malaysia 2011 | Irfan Takut Semangat Selangor


Irfan bimbang Selangor mampu bangkit kecewakan Terengganu. 

BAGI Terengganu dan Negeri Sembilan 'Debaran 90 minit' tetap menakutkan dan tidak mahu situasi selesa dinikmati mereka ketika ini diragut lawan masing-masing menjelang saingan separuh akhir kedua, Sabtu ini. 

Irfan Bakti jelas belum mahu berseronok dengan modal dua jaringan Abdul Manaf Mamat sebagai jaminan mereka akan layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, sebaliknya akur Selangor akan kembali dengan corak taktikal menyerang di Kuala Terengganu.

Kali terakhir Terengganu layak ke final ialah pada 2001. "Masih ada lagi 90 minit di Kuala Terengganu. Kami akan cuba meraih kemenangan di laman sendiri dan layak ke final. Tapi saya masih menghormati Selangor.
"Mereka pasti akan hadir dengan corak taktikal menyerang. Untuk itu, kita juga akan terus beraksi secara menyerang kerana menyerang itu adalah cara bertahan terbaik," kata jurulatih Terengganu itu, kelmarin.

Pandangan itu turut disokong jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang beranggapan 90 minit lagi bakal menjadi penentuan kemaraan skuad Rusa ke final sambil memberi amaran T Team tidak akan mudah tunduk sekali lagi.

Diminta mengulas prestasi Terengganu pada aksi pertama di Shah Alam, Irfan tanpa berselindung menganggap ia adalah persembahan terbaik mereka di tempat lawan, musim ini.

"Bagi saya, jaringan pertama Manaf seawal minit pertama itu menjadi faktor utama kemenangan kita pada perlawanan itu. Ia turut dibantu dengan kemampuan pemain mengekang setiap asakan Selangor sepanjang baki perlawanan," jelas Irfan.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

October 16, 2011

Piala Malaysia | Kelantan Akur




KEKALAHAN pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 kepada Terengganu malam kelmarin terus melenyapkan impian Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan yang diraih mereka musim lalu.
Kejayaan mengikat kedudukan 2-2 di gelanggang sendiri tidak membawa erti apa-apa buat skuad The Red Warriors itu apabila terpaksa tunduk dengan agregrat 3-5.
Kelantan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu sele- pas tunduk dengan agregat 3-5 kepada Terengganu biarpun berjaya mengikat kedudukan 2-2 pada perlawanan suku akhir kedua di Kota Bharu malam kelmarin.
Perlawanan malam kelmarin menyaksikan Kelantan dikejutkan dengan dua gol oleh pasukan Terengganu hasil jaringan Ashaari Samsuddin pada minit ke 18 dan 39
sebelum Kelantan menyamakan kedudukan melalui Azamuddin Akil pada minit ke 54 dan sepakan penalti ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke 70.
Di sebalik kekecewaan tersebut, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, masih optimis dengan masa depan pasukannya dan menjanjikan kebangkitan pada musim depan.
Menurutnya, Terengganu layak untuk menang selepas mempamerkan aksi yang cukup konsisten biarpun beraksi di hadapan ’ ‘lautan tentera merah’ yang membanjiri Stadium Sultan Muhammed IV.
“Terengganu layak untuk menang. Kita ucapkan selamat maju jaya dan Kelantan kena mula merancang untuk tahun depan. Mereka (Terengganu) layak untuk untuk menang dan kita kena menghormatinya.
“Kita gagal, dalam sukan kalah adalah gagal. Kita kena terima hakikat kalah kepada pasukan yang lebih baik. Terengganu bermain dengan lebih baik,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, kelebihan nyata berpihak kepada Kelantan kerana beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri namun, terpaksa akur dengan melepaskan dua gol untuk Terengganu mendahului dengan lebih selesa.
Jelasnya, kesilapan barisan pertahanan jelas membuatkan kedudukan Kelantan lebih tertekan ketika mereka perlu mencari dua gol untuk mengimbangi perlawanan selepas tewas di Kuala Terengganu dengan 3-1, Isnin lalu.
“Kita main tempat sendiri dengan penyokong yang penuh dan segala-galanya, tapi kita masih melepaskan dua gol kerana pertahanan kita membuat kesilapan berbanding barisan pertahanan Terengganu.
“Kelantan kena pandang ke depan, setakat ini kita belum putuskan siapa yang akan menyarung jersi Kelantan musim depan. Kita juga sedang mencari pemain import yang bagus,” jelasnya.
Katanya, sesi pemilihan pemain akan terus berjalan terutama untuk mencari pemain import yang sesuai dan beberapa perlawanan persahabatan akan dijalankan untuk menguji pemain-pemain yang akan dipilih.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

October 9, 2011

Piala Malaysia 2011 | Ibarat Final



IRFAN (kiri) tidak mahu pemainnya tampil sambil lewa apabila berdepan Kelantan malam esok. 

"IA boleh diibaratkan seperti final pertama Piala Malaysia 2011." Demikian rumusan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan dengan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.
Katanya, pertemuan antara dua negeri jiran itu sentiasa dinantikan penyokong kedua-dua pasukan kerana perlawanan antara juara Liga Super dan Piala FA 2011 itu pasti menyajikan persembahan yang menarik.
“Dua pasukan pilihan (Terengganu dan Kelantan) sudah ditakdirkan bertemu pada suku akhir walaupun rata-rata peminat bola sepak tempatan mahu menyaksikan pertembungan kami pada final nanti.
“Ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan elit dalam liga tempatan ketika ini dan saya pasti perlawanan menentang Kelantan bukan satu tugasan yang mudah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Irfan juga tidak mahu barisan pemainnya leka dan mendabik dada ekoran kejayaan menumpaskan Kelantan pada final Piala FA musim lalu dan mereka perlu memberikan perhatian penuh apabila melayani pasukan The Red Warriors itu nanti.
Matlamat utama Terengganu adalah untuk memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Stadium Sultan Mohamed IV pada 14 Oktober ini.
“Bagi saya, kejayaan menjuarai Piala FA sudah berlalu dan apa yang penting, kami perlu fokus untuk menghadapi cabaran daam Piala Malaysia. Kami perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan.
“Sejarah mungkin mengajar kami untuk terus mempamerkan aksi cemerlang tapi kegigihan adalah kunci utama untuk kami memburu kejayaan (apabila bertemu Kelantan nanti).
Irfan memberitahu, beliau berharap sokongan padu penyokong yang bakal memenuhi stadium pada malam esok menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
“Saya mengucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong Terengganu yang sentiasa memberikan semangat kepada kami untuk tampil dengan aksi cemerlang,” katanya.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

September 7, 2011

Piala Malaysia: Nasib Dua Reds



KUALA LUMPUR – Kelantan memulakan kempen Piala Malaysia 2011 dengan cemerlang selepas menundukkan Sarawak 2-0 di tempat lawan, manakala Selangor bermula langkah kiri apabila tewas 0-1 kepada T-Team di Kuala Terengganu semalam.
Di Stadium Negeri, Kuching Kelantan yang juga juara Liga Super musim ini tidak menghadapi masalah untuk memungut tiga mata dalam saingan Kumpulan C menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-69 dan S. Chanturu 85.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C di Stadium Pasir Gudang, Felda United menang 2-0 ke atas Johor FC apabila Farderin Kadir muncul wira dengan menjaringkan kedua-dua gol tersebut pada minit ke-44 dan ke-68.
Selangor yang beraksi dalam Kumpulan D terpaksa menerima hakikat bahawa persediaan mereka masih kurang mantap tatkala T-Team menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Norfazly Alias pada minit ke-73.
Kuala Lumpur mencuri tumpuan dalam saingan Kumpulan D selepas membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menerusi gol sendiri Azrul Azman (44) , Badrul Hisyam Azmi (64) dan Yong Kuong Yong (76).
Kedah menerajui Kumpulan A selepas memungut tiga mata dengan menewaskan Johor 2-0 di Stadium Larkin hasil Khyril Muhymeen Zambri yang menyumbat dua gol pada minit ketujuh dan ke-80.
Sabah gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri, Stadium Likas apabila terikat tanpa jaringan bertemu Perak.
Terengganu juga bermula dengan langkah kanan walaupun bertandang ke gelanggang lawan.
Terengganu menang 3-0 ke atas Sime Darby di Stadium MP Selayang, apabila memperolehi jaringan melalui Joseph Kallang Tie pada minit keenam manakala Reshafiq Alwi menambah gol kedua 12 minit sebelum separuh masa pertama tamat dan gol ketiga disumbang Abdul Manaf Mamat pada minit ke-86.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

Piala Malaysia: Penyu Robek Pendatang Baru


PEMAIN Terengganu, Ashaari Samsudin (kiri) berentap dengan pemain Sime Darby, Mohammad Syukur Saidin pada perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia n di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.


Skuad Penyu atasi Sime Darby 3-0, N Sembilan ceria benam PKNS 2-1 

JUARA Piala FA dan naib juara Liga Super, Terengganu memulakan kempen Piala Malaysia dengan garang apabila mudah membenam Sime Darby 3-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Terengganu tampil dengan lima pemain kebangsaan - Sharbinee Allawee Ramli, Helmi Remeli, Joseph Kalang Tie, Ashari Samsudin dan Abdul Hadi Yahaya manakala ketiadaan bek kiri skuad Olimpik negara, Zubir Azmi ditampung Ronny Harun.
Hanya lima minit diperlukan Terengganu untuk memperoleh gol pertama menerusi tandukan Joseph Kalang selepas dia pantas menyambung umpanan Reeshafiq Alwi hasil sepakan sudut Ashari. 

Sime Darby sesekali mencuba tetapi ketumpulan sentuhan penyudah Faizal Esahar dan Mohd Faiz Isa memudahkan tugas Sharbinee mempertahankan gawang Terengganu. 

Pada minit ke-32, Terengganu menambah gol kedua selepas rembatan kencang kaki kanan Reeshafiq dari luar kotak penalti berjaya melepasi jangkauan penjaga gol Sime Darby, Soffuan Tawil. 

Bersambung babak kedua, Terengganu terus menampilkan penguasaan penuh tetapi Ashari, Hadi dan Abdul Manaf Mamat banyak mempersiakan peluang depan pintu gol Sime Darby. 
Manaf akhirnya berjaya meledak gol ketiga Terengganu selepas menyudahkan lorongan cantik pemain gantian, Ailim Fahmi Kamaruddin pada minit ke-84. 

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan B malam tadi, naib juara musim lalu, Negeri Sembilan berjaya menewaskan juara Liga Perdana, PKNS 2-1 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. 




INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

June 11, 2011

Piala FA | Karathu Dan Irfan Masing-Masing Yakin Dapat Julang Piala FA

Jurulatih dua pasukan gergasi Pantai Timur, Kelantan dan Terengganu, optimis barisan pemain masing-masing mampu memburu kejuaraan Piala FA musim ini pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Jurulatih Kelantan Datuk M. Karathu berkata beliau mempunyai ramuan untuk membawa pulang buat julung kali Piala FA ke negeri yang dikenali sebagai serambi Mekah itu.

Katanya beliau akan menurunkan kesebelasan terbaik dan yakin anak buahnya akan beraksi cemerlang untuk memburu kejuaraan pertama skuad Red Warriors itu.

"Kita tahu kekuatan dan kelemahan lawan dan begitu juga dengan mereka tetapi kami sudah pasti akan menentang secara habis-habisan," katanya pada sidang akhbar Piala FA di sini Jumaat.

Walaupun telah menjinakkan Terengganu 3-0 pada saingan Liga Super pada Isnin lepas, Karathu berkata beliau tidak memandang rendah keupayaan Skuad Penyu kerana anak buah Irfan Bakti Abu Salim pasti akan cuba memberi kejutan.

Katanya beliau tidak mahu pemainnya terlalu yakin dan mengambil mudah pasukan lawan malah meletakkan sandaran kepada barisan penyerang yang diketuai oleh Norshahrul Idlan untuk mencari peluang sebaik mungkin untuk menjaringkan gol.

Sementara itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti berkata beliau gembira dengan kehadiran semula Mohamad Ashaari Samsudin setelah digantung satu perlawanan dalam saingan Liga Super Isnin lalu.

"Saya optimis kita akan menang esok. Saya harap Abdul Hadi Yahaya dan Abd Manaf Mamat mampu memperkemaskan jentera serangan bagi menghasilkan gol kemenangan," katanya.

Dalam pada itu, penjaring terbanyak Kelantan, Norshahrul berharap pasukannya dapat menjuarai Piala FA, secara tidak langsung menjadi kenangan manis dan dijadikan 'hadiah hari jadi' yang disambutnya pada 8 Jun lepas.

"Saya harap rakan sepasukan akan beraksi dengan baik khususnya di bahagian pertahanan agar penyerang Terengganu tidak mudah membolosi gawang," katanya.

Penyerang Terengganu, Abdul Hardi berharap sokongan daripada peminat setia Skuad Penyu mampu memberi dorongan dan semangat kepada pasukannya.

Terengganu pernah meraih sekali Piala FA pada tahun 2000 sementara Kelantan mencari kejuaraan pertama apabila hanya mampu menjadi naib juara pada 2009.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

Piala FA | Irfan Naik Angin





SKUAD Penyu tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pegawai Kelantan yang dianggap tidak beretika apabila menyaksikan latihan pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi akhir Piala FA, petang semalam.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, latihan mereka (Kelantan) dijadualkan pada jam 5.45 petang, malangnya pegawai terbabit sudah berada di situ sejak awal lagi dan menyaksikan apa yang dilakukan mereka.

“Apa yang saya ingin lakukan kepada pasukan terbantut gara-gara kehadiran mereka. Bagi saya perkara ini melanggar etika dan saya amat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Irfan Bakti tidak akan membuat sebarang perubahan drastik dari segi taktikal mahupun teknikal permainan. Malah, beliau cukup optimis pasukannya akan meraih kejayaan selepas kemarau 11 tahun Piala FA.

“Saya positif dan yakin kemenangan akan berpihak kepada kami. Kita dapat melihat keadaan dan moral anak buah saya juga baik.

“Tiga pemain saya yang bermain untuk kebangsaan juga telah kembali dari Lubnan dan mula berlatih dengan kami bermula Isnin lalu walaupun, mental mereka tidak bersedia tetapi saya pasti mereka mampu lakukan yang terbaik,” katanya.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

June 10, 2011

The Red Warriors | Tidak Akan Gadai Maruah

Khabar angin bertiup kencang Red Warriors akan serah mahkota Piala FA kepada Terengganu

“KAMI tidak akan menggadaikan maruah.” Itulah tekad dilaungkan skuad Kelantan ketika ada khabar angin bertiup kencang menyebut skuad Red Warriors itu akan menyerahkan mahkota kejuaraan Piala FA kepada pasukan tetangga, Terengganu dalam final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok.

Menjelang bahang saingan membabitkan dua finalis dari pantai Timur buat julung kali ada ura-ura bahawa anak didik DatukM Karathu mahu memberi trofi berkenaan kepada lawan dengan sifat yakin gelaran Liga Super akan menjadi milik mereka, musim ini.

Tambah menarik ‘seperti ada komplot’ untuk berkongsi gelaran secara seimbang bagi mengekalkan kuasa bola sepak di sebelah timur semenanjung.

Apa pun, pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berkata mereka tidak akan mensia-siakan perjuangan selama ini untuk mara ke final sebaliknya mendakwa khabar angin itu dicipta bagi melemahkan semangat Red Warriors merangkul Piala FA buat julung kali.

“Kami tidak akan menggadaikan maruah pasukan. Ini sudah pasti,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, malam semalam.

“Kita dapat lihat semua pemain tiba-tiba bersemangat luar biasa dan menunjukkan komitmen baik ketika sesi latihan. Ini menunjukkan mereka begitu mahukan kemenangan.”

Azman berkata, Karathu sedang bekerja keras melatih dan memilih pemain terbaik bakal disenaraikan sebagai kesebelasan utama dan segala usaha ditunjukkan itu adalah mustahil Kelantan akan menyerah dengan mudah.

Katanya, kemenangan ke atas Terengganu Isnin lalu dalam saingan Liga Super memberi keyakinan kepada pemain untuk beraksi di final Piala FA, namun tetap diingatkan tidak memandang mudah kemampuan pihak lawan.

“Semua pihak bekerja keras dalam memastikan usaha yang dilakukan membuahkan hasil pada hari perlawanan dan ini bukti kami tidak main-main untuk mengejar kejayaan,” katanya


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!