Showing posts with label Rumours. Show all posts
Showing posts with label Rumours. Show all posts

November 9, 2011

Galatasaray Mahu Berbatov




Kelab gergasi Turki, Galatasaray dilaporkan akan membida Dimitar Berbatov pada Januari ini. Pemain yang sering diketepikan oleh Alex Ferguson membuat keputusan untuk berhijrah dari Man United dan Gala menjadi kelab pertama yang menunjukkan minat terhadap pemain itu.


Paris St. Germain juga turut memburu Berbatov pada musim panas lepas namun perbincangan antara kedua-dua kelab gagal mencapai sebarang persetujuan.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!

November 8, 2011

Man City Cuba Dapatkan Christian Eriksen



Man City mahu menjadikan pemain midfield Ajax, Christian Eriksen sebagai koleksi pemain bertaraf bintang di kelabnya. Pemain kebangsaan Belanda kini merupakan pemain yang sedang meningkat naik dalam arena bola sepak Eropah.

Chelsea pada awalnya percaya mampu untuk membawa pemain itu ke Stamford Bridge, namun apabila kelibat Mancini yang dilihat cuba mendapatkan pemain itu menjadikan harapan mereka terlalu tipis.

Man City kini sudah mempunyai banyak pemain midfield yang berbakat selepas menandatangani Hagreaves dan Samir Nasri pada musim panas lepas. Namun itu dilihat tidak mencukupi apabila mereka cuba mendapatkan lebih ramai pemain untuk memperkuatkan jentera pasukan mereka bagi menghadapi pusing kedua liga selepas Disember ini.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!