December 25, 2011

Gary Cahill Bakal Ke Chelsea




Pengurus Bolton Owen Coyle mengesahkan rundingan dengan Chelsea berkaitan perpindahan Gary Cahill. Pertahanan tengah itu akan tamat kontrak di Reebok Stadium pada Julai ini.

Chelsea dilapor menawarkan GBP7 Juta terhadap pertahanan tengah itu, yang bakal menggantikan pertahanan Brazil Alex, yang dilihat akan meninggalkan Stamford Bridge.

Cahill dijangka akan berpindah ke Chelsea dalam pertengahan Januari depan.