June 20, 2012

Urusan kes saman Annuar-FAM 19 Julai


SHAH ALAM – Pengurusan kes saman pemula Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa terhadap FAM dan Setiausaha Agungnya Datuk Azzuddin Ahmad ditangguhkan 19 Julai depan.


Pengurusan kes sepatutnya dijadualkan semalam di hadapan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Nurul Ain Hamzah.


Bagaimanapun, hanya peguam Annuar, Jaswant Singh hadir manakala responden mahupun peguam, tidak hadir.


Justeru, Nurul Ain menetapkan tarikh baru bagi memberikan peluang kedua-dua pihak hadir.


Oleh: Sinar Harian