January 11, 2012

Pavlyuchenko Bakal Kembali Ke Negara Asal



Bos Tottenham, Harry Redknapp menjangkakan penyerang Rusia, Roman Pavlyuchenko bakal meninggalkan White Hart Lane pada Januari ini. Pavlyuchenko dikaitkan mungkin akan kembali ke negara asalnya.


QPR dan Fulham juga turut dikaitkan dengan perpindahan pemain Rusia ini, namun difahamkan bahawa Pavlyuchenko kini menerik minat Anzhi dan Spartak Moscow yang saling bersaing untuk mendapatkannya.


Redknapp berkata:"Dia berkemungkinan mahu keluar, namun kami tidak boleh menjualnya melainkan kami boleh menemui seseorang yang mampu mencipta perubahan buat kami.


"Tiada makna kalau saya menjualnya tanpa ada penggantinya.


"Pav mempunyai kualiti dan dia boleh bermain. Sekiranya dia kekal di sini, di mana anda boleh mencari penyerang terbaik? Anda tidak akan menjumpainya. Dia adalah penyerang yang berkualiti."