January 13, 2012

Pato Tamatkan Spekulasi Ke PSG



Alexandre Pato telah menutup spekulasi perpindahannya ke PSG apabila mengesahkan bahawa dia komited untuk kekal di AC Milan.


Pengurus PSG, Leonardo mengumumkan pada Khamis lepas bahawa mereka optomis untuk membawa Pato ke Perancis.


Pato telah memberi respon terhadap spekulasi yang telah melanda dirinya itu.


Dia memberitahu bahawa tidak berminat untuk meninggalkan Milan, sebuah kelab yang telah menaikkan namanya sejak dia berusia 18 tahun sehingga menjadi seorang bintang.


"Milan adalah rumah saya," kata Pato kepada official website.


"Saya tidak mahu merosakkan karier saya dengan AC Milan selepas memenangi trofi pertama (juara Serie A dan Italian Super Cup) dengan memakai baju hitam merah ini.


"Saya mahu terus menulis dalam sejarah Milan untuk masa depan dengan kejayaan kelab ini merupakan kebahagian dan keharmonian antara saya dan kelab.


"Hari ini adalah hari yang istimewa buat saya.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada Silvio Berlusconi, kelab dan penyokong yang sentiasa mempercayai saya."


Pato masih mempunyai kontrak bersama Milan sehingga 2014 dan berharap dapat membayar kepercayaan kelab kepadanya dengan memberikan yang terbaik sepanjang bersama Milan.