FAM!
Tahniah diucapkan kepada NS dan Terengganu sebab berjaya melangkah ke final. Kedua-dua pasukan ini memang hebat jika ingin dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Penyokong kedua-dua pasukan juga banyak memainkan peranan dalam memastikan pasukan kesayangan dapat melangkah ke final Piala Malaysia 2011.
Namun dua tiga hari ini berita yang amat tidak sedap didengar ialah berkaitan dengan harga tiket untuk perlawanan akhir yang dikatakan naik secara mendadak. Jika dulu semasa perlawanan Kelantan menentang NS, harga tiket hanya sekitar RM30. Tapi apa yang difahamkan sekarang ini harga tiket yang ditetapkan oleh FAM adalah RM50. WTF!
Dan SUKANSKY difahamkan FAM tidak akan sekali-kali menurunkan harga tiket itu dan telah memberi beberapa alasan yang tidak munasabah dan sekadar untuk melepaskan diri sahaja.
Kita sedia maklum bahawa FAM memang suka buat taik dalam apa-apa keputusan berkaitan dengan bola sepak Malaysia. Hal ini memang sudah dijangkakan memandangkan pasukan yang ke final Piala Malaysia tahun ini bukanlah pasukan pilihan FAM. Siapa pasukan pilihan FAM???Siapa lagi kalau bukan SELANGOR..Kenapa???Sebab orang kuat FAM sendiri adalah orang kuat dalam FAS. Satu jawapan yang amat senang. Kalau ada penyokong Selangor yang tak puas hati, itu adalah masalah anda.
Tapi apa yang menghairankan ialah, kenapa kerajaan Terengganu sanggup mengeluarkan subsidi 50% kepada penyokong Terengganu dalam masalah berkaitan dengan tiket ini. Adakah SUBSIDI ini diberikan semata-mata untuk meramaikan lagi peyokong Terengganu dalam stadium nanti. Kalau kerajaan pusat memberikan SUBSIDI petrol untuk kegunaan harian, banyak pihak yang bising sedangkan petrol merupakan satu benda yang amat penting dalam kehidupan masyarakat Malaysia buat masa kini. Tapi bila kerajaan Terengganu memberikan SUBSIDI 50% keatas harga tiket, segelintir penyokong Terengganu yang bodoh terus bersorak kerana mereka dapat membeli tiket dengan harga yang murah. Tahukah anda, tiket yang anda beli itu bukan murah. Tiket itu akan jadi sama harga seperti perlawanan sebelum ini. Tapi kerajaan anda yang bodoh sebab bagi duit secara percuma kepada FAM. Dan kalau difikirkan, bagaimana pula dengan anak Terengganu yang tinggal di luar dari Terengganu? Adakah kerajaan Terengganu boleh jamin mereka akan dapat beli tiket dengan separuh harga seperti penyokong yang tinggal di Terengganu?
Anda bersorak kerana dapat masuk ke stadium dengan harga tiket RM25. Bagaimana dengan penyokong pasukan lawan? Mereka terpaksa membeli tiket dengan harga RM50. Andai kata mereka pergi dengan keluarga ke stadium dan membawa 5 orang ahli keluarga, harga yang dibayar untuk tiket sudah mencecah RM250. Sekali lagi WTF!
Nasib baik ada juga penyokong NS dan Terengganu yang bijak dan pandai berfikir yang mengambil jalan terbaik membantah dan memboikot untuk tidak membeli tiket dengan harga RM50. Seperti yang keluar dalam NADI ARENA tengahari tadi, ketua kelab penyokong kedua-dua pasukan membuat keputusan untuk tidak membeli tiket dan tidak akan memasuki stadium sekiranya harga tiket terus diletakkan pada harga RM50. Mereka hanya akan memberi sokongan dengan melihat perlawanan melalui skrin gergasi yang diletakkan di luar stadium. Ini adalah langkah bijak yang harus diambil untuk memberi pengajaran kepada BALACI-BALACI yang ada dalam FAM. Tapi jangan pula hanya membantah sebab semata-mata nak masuk TV.
Dan sehingga anda membaca artikel ini, FAM masih lagi kekal dengan keputusan yang dibuat oleh mereka iaitu harga tiket final RM50. FAM sememanganya perosak bola sepak Malaysia dulu, kini dan selamanya. Selagi pihak pengurusan FAM tidak ditukar, selagi itulah bola sepak Malaysia hanya berada di telapak kaki dan tidak akan bangkit sampai bila-bila.
Satu laungan buat FAM
WHAT THE FUCK!!!!!
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!