October 3, 2011

City Bekeng!



MANCHESTER City terus menghambat Manchester United di tangga teratas Liga Perdana Inggeris apabila mereka mudah membelasah Blackburn 4-0 di tempat lawan, malam tadi.
Biarpun penyerang utama, Sergio Aguero terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-28 akibat kecederaan, City bangkit meledak empat gol sepanjang babak kedua.
Gol-gol City telah dijaringkan Adam Johnson (56), Mario Balotelli (59), Samir Nasri (73) dan Stefan Savic (87).
Selepas tujuh perlawanan, City dan United kekal dengan rekod tanpa kalah apabila masing-masing menang enam dan seri sekali untuk berkongsi 19 mata, cuma dipisahkan dengan perbezaan jaringan yang memihak kepada United.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!