REAKSI Oxlade-Chamberlain selepas meledak ketika menentang Olympiakos Piraeus dalam saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Emirates, kelmarin.
Arsenal terselamat daripada aksi buruk benteng pertahanannya dengan kemenangan 2-1 ke atas Olympiakos apabila Alex Oxlade-Chamberlain mengumumkan ketibaannya pada pentas saingan Liga Juara-Juara Eropah dengan satu jaringan cantik di Stadium Emirates, kelmarin.
Ia satu langkah peningkatan yang besar, tetapi saya mahu bermain pada tahap tertinggi dan saya mempunyai banyak masa lagi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara. - Alex Oxlade-Chamberlain, Bintang baru Arsenal
“Ia benar-benar satu pengalaman yang bagus,” kata Oxlade-Chamberlain selepas menjadi pemain Inggeris termuda menjaringkan gol dalam saingan Liga Juara-Juara.“Ia satu langkah peningkatan yang besar, tetapi saya mahu bermain pada tahap tertinggi dan saya mempunyai banyak masa lagi untuk bermain dalam Liga Juara-Juara.”
Ia satu lompatan besar daripada saingan tahap ketiga bola sepak Inggeris kepada kejohanan elit kelab Eropah itu, tetapi Oxlade-Chamberlain tidak menunjukkan sebarang tanda kekurangan pengalaman apabila dia menandakan kemunculannya dalam Liga Juara-Juara dengan satu jaringan cantik pada babak pertama.
Keputusan itu pasti menyedarkan Wenger bahawa masih banyak perlu ditingkatkan, namun pasukannya kekal fokus untuk layak ke kelompok 16 terakhir selepas mengumpul empat mata daripada dua perlawanan awal Kumpulan F.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!