May 4, 2011

Ronaldo | Barca Menang Bantuan Orang Luar


Sekali lagi, Real Madrid tidak berpuas hati dengan sikap pegawai perlawanan dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-juara yang berlangsung malam tadi. Keputusan malam tadi berakhir dengan seri 1-1 yang melayakkan Barcelona menempah tiket ke final dengan agregat 3-1.

Real Madrid nyata kecewa dengan sikap pengadil dari Belgium Frank de Bleeckere yang tidak mengesahkan jaringan Gonzalo Higuain pada minit ke-47.

"Sangat sukar untuk menewaskan kelab besar yang mendapat pertolongan daripada pihak luar," kata Cristiano Ronaldo.

Ronaldo dipersalahkan kerana dikatakan menjatuhkan Mascherano sekaligus gol yang dijaringkan oleh Higuain hasil lorongan cantik Ronaldo tidak dikira.

Dalam insiden itu, Ronaldo telah ditolak oleh Pique dan terjatuh di atas Mascherano.

"Sepatutnya tidak ada masalah dengan gol itu, tapi sikap pengadil yang mempertahankan Barcelona," tambah Ronaldo.

Ronaldo juga disokong oleh Xavi Alonso. "Sekiranya gol Higuain dikira, maka sudah pasti ia akan merubah segalanya." kata pemain tengah itu.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!