May 2, 2011

EPL | Ramsey Tundukkan Ego Ferguson


Arsenal mengejutkan Man United selepas Ramsey berjaya menjaringkan gol yang cukup berharga buat Arsenal.

Arsenal memerlukan tiga mata penting untuk terus menjarakkan diri dengan Man City manakala United pula berharap dapat mencatat kemenangan ke atas Arsenal untuk mengurangkan tekanan daripada Chelsea yang mencatat kemenangan ke atas Spurs.

Namun, perlwanan antara Arsenal dan Man U berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal dengan jaringa 1-0. Kehebatan Man U menewaskan Shalke 04 dalam saingan Liga Juara-juara tidak menjamin persembahan terbaik dalam perlawanan malam tadi.

Dalam perlawanan di EMirates Stadium itu, Arsenal mengawal permainan dengan begitu baik sekali. Dalam perlawanan sebelum ini, Ferguson biasanya akan menggunakan formasi 4-5-1 untuk menentang Arsenal. Namun dalam perlawanan malam tadi, Ferguson membuat kejutan apabila menggunakan formasi 4-4-1-1.

Nyata percaturan Ferguson memakan diri sendiri dan nyata mereka kini tertekan dengan situasi liga dengan mereka kini diekori rapat oleh Chelsea dengan perbezaan hanya tiga mata.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!