March 5, 2011

Piala FA Malaysia: Ulasan Perlawanan dan Jadual Suku Akhir

Piala_FA_MalaysiaCorak berbeza yang dipamerkan pada separuh kedua menyaksikan Pahang mara ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan PKNS FC 3-1 di Stadium MBPJ.

Gol Pahang dijaringkan Fazli Baharudin dan dua gol Famirul Asraf Sayuti untuk memadam gol awal PKNS yang dijaringkan Ahmad Shahril Zakaria.


Percaturan jurulatih Harimau Muda A yang terpaksa melakukan perubahan drastik dengan menurukan barisan pemain baru tidak membuahkan hasil apabila anak buahnya tumpas mengejut kepada pasukan Liga Perdana, Johor 1-2 dalam saingan kedua Piala FA malam ini.

Selangor memulakan kempen Piala FA mereka dengan langkah kanan apabila mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas skuad Harimau Muda B dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Pengurus Selangor, K. Devan menganggap anak-anak buahnya bermain dengan baik cuma mereka gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang untuk menambah jumlah jaringan.

Badi terkandas di pusingan kedua pada tahun lalu berjaya dilepasi Kelantan pada tahun ini.Berita mengejutkan juga berlaku apabila Kedah dan Negeri Sembilan pasukan finalis Piala FA 2010 gagal meneruskan aksi ke suku akhir meskipun kedua-dua pasukan diberikan "Bye" iaitu peluang beraksi terus di pusingan kedua ternyata tidak digunakan sebaik mungkin.

Inilah realiti bolasepak sukar untuk menjangkakan kehebatan barisan tujuh pemain Kedah yang mewakili skuad kebangsaan mudah ditewaskan kesebelasan pemain Felda United yang boleh dianggap kerdil jika dibandingkan dengan Kedah selaku pasukan yang pernah menjadi juara berganda.

Jadual Suku Akhir (15 & 19 Mac 2011)
Kuala Lumpur vs Pahang (Cheras-Kuantan)
Perak vs Terengganu (Ipoh - Kuala Terengganu)
Selangor vs Johor (Shah Alam - Larkin)
Kelantan vs Felda United (Kota Bharu - Cheras)