
Tanpa perlu disembunyikan lagi, kedua-dua pasukan ini memang inginkan kejuaraan liga musim ini. Bagi Chelsea, mereka tentu ingin mengekalkan kejuaraan musim lepas. Manakala bagi Manure pula, mereka ingin membuktikan bahawa mereka lagi hebat dan bagus dari mana-mana pasukan di England. (tapi dengan Marseille seri jer...)
Kalau dilihat diatas kertas, Chelsea bukan lagi pesaing utama Manure dalam usaha mendapatkan kejuaraan liga. Tapi kalau ikut pengiraan matematik, Chelsea masih lagi mampu mengejar pendahulu liga.( tu pun kalau si Setan Merah kalah streak la).
Walau bagaimanapun, perlawanan ini dilihat amat penting buat kedua-dua pasukan bagi menentukan hala tuju pasukan masing-masing musim ini.
Chelsea berpeluang untuk merapatkan jurang dengan Arsenal sekiranya berjaya menewaskan Manure.(ingat senang ker..Setan VS Rimau...)
Namun, mungkin perkara yang terakhir bermain dalam fikiran Ancelotti adalah perjuangannya untuk terus kekal di Chelsea. Maklumlah, ada ura-ura mengatakan Abramovich sudah mula cari pengganti.
Chelsea berjaya catat kemenangan ke atas Kobenhaven dalam kempen liga juara-juara (tatkala Manure pula seri jer...) dengan jaringan 2-0 sumbangan kuda tua, Anelka. Dalam perlawanan itu, mereka menggunakan formasi 4-4-2 dimana menggandingkan Torres dan Anelka. (Drogba???).
Dalam perlawanan menentang Manure kali ini, mugkin Chelsea sekali lagi menggunakan formasi 4-4-2 kerana formasi 4-4-3 semasa menentang Liverpool nyata tidak mendatangkan hasil. 4-4-2????Siapakah yang bakal disisihkan. Mungkin Drogba sekali lagi disisihkan untuk memberi peluang kepada El-Nino membuktikan GBP50 juta yang dilaburkan mendatangkan hasil. (Tunggu dan lihat je la..)
Bagi Ferguson pula, kemenangan menjadi impiannya.
Fernando Tuyes pasti akan di turunkan manakala bagi Manure pula, mereka mungkin akan beraksi tanpa kelibat Ferdinand.
Bagaimanapun, Ryan Giggs (kuda tua juga ni..tp power..) berharap dia dapat diturunkan dalam kesebelasan utama.