
Malam ini semangat saya untuk menyaksikan perlawanan AFF Suzuki Cup antara Malaysia dan Indonesia begitu berkibar-kobar sekali. Dalam hati saya Malaysia akan dapat menewaskan musuh ketat Indonesia berdasarkan kepada prestasi semaasa sukan Asia tempoh hari. Namun sangkaan saya nyata meleset apabila Malaysia diganyang dengan begitu teruk oleh Indonesia dengan jaringan 5-1.
Percaturan yang dibuat oleh ketua jurulatih K Rajagobal nampaknya memakan diri dalam perlwanan pada malam ini. Amri Yahya yang menyarung jersi 17 yang dijangka mampu mengawal permainan nampaknya lesu tidak bermaya apabila banyak melakukan kesalahan yang akhirnya mengundang padah buat pasukan Malaysia.
Selain Amri Yahya, kelibat penjaga gol Terengganu Mohd Sharbinee Allawee nyata mengejutkan ramai penyokong Malaysia. Jika dilihat dari prestasi semasa nyata Khairu Fahmi Che Mat mempunyai kelebihan jika dibandingkan dengan Sharbinee..Namun percaturan jurulatih yang silap akhirnya membawa bencana kepada Malaysia.
Pertahanan Malaysia pada malam ini juga amat mengecewakan peminat bola sepak negara. Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pertahanan yang menyebabkan mereka gagal menyekat serangan dari pihak lawan. Kelibat Asrarudin yang pada awalnya begitu memberangsangkan namun dilihat mula hilang punca setelah Indonesia berjaya menyamakan kedudukan dalam tempoh tidak sampai lima minit selepas Sharul Idlan menjaringkan gol hasil umpanan cantik Safee Sali.
Namun begitu apa yang masih diharapkan oleh penyokong Malaysia ialah agar pasukan kebangsaan bangkit selepas ini dalam perlawanan menentang Thailand pada 4 Disember nanti. Malaysia sekarang menduduki tangga tercorot kumpulan A setelah Thailand dan Laos seri dua sama dalam perlwanan sebeblum ini.