August 18, 2010

Pengurus Brazil Beri Amaran Kepada Neymar Untuk Tolak Chelsea


Jururlatih Brazil Mano Menezes telah memberi amaran kepada Neymar supaya tidak menyertai Chelsea dan menyatakan bahawa dia masih boleh terus maju jika terus bersama kelab sekarang Santos.

Chelsea dikatakan gagal untuk membawa masuk Neymar dengan harga GBP24 juta million yang baru-baru ini menjaringkan gol buat pasukan kebangsaan Brazil. Bagaimanapun dikatakan bahawa Neymar kini mendapat tawaran sebanyak GBP29.6 juta.

Keghairahan Chelsea mengejar pemain ini telah mendatangkan kemarahan Santos, dan mereka mengugut untuk melaporkan tindakan kelab Liga Perdana Inggeris itu kepada pihak FIFA sebagai satu "gangguan". Walau bagaimanapun tuduhan itu ditolak keras oleh ketua Chelsea Bruce Buck.

Neymar diharapkan akan dapat membuat keputusan pada minggu ini kerana dia beranggapan perpindahannya ke Stamford Bridge sebagai langkah yang tepat dalam kerjayanya, tetapi Menezes pula berharap pemain berusia 18 tahun itu akan tetap di Brazil buat masa sekarang.

Chelsea dikabarkan sedang melipat gandakan usaha untuk mendapatkan pemain berbakat besar ini ditambah pula dengan kenyataan Neymar yang mengatakan bahawa dia berminat untuk bermain bersama kelab EPL namun dia juga turut mempertimbangkan apa yang diberitahu ileh jurulatih kebangsaannya.