Showing posts with label FIFA. Show all posts
Showing posts with label FIFA. Show all posts

January 10, 2012

Messi Menang Balon d'Or



Lionel Messi berjaya mendapatkan title pemain bola sepak terbaik dunia untuk tahun ketiga berturut-turut apabila memenangi anugerah FIFA Ballon d'Or yang berlangsung di Zurich.


Pemain Argentina dan Barcelona yang berusia 24 tahun ini menewaskan rakan sepasukan Xavi dan Cristiano Ronaldo untuk mendapat tempat pertama.


Messi yang menjadi Man Of The Match dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara 2011, juga memenangi Primera Division, Spanish Supercopa, UEFA Super Cup dan Piala Kelab Dunia pada tahun lepas.


"Dia masih muda, hanya 24 tahun, dan saya fikir dia akan memecahkan semua rekod yang ada dalam sukan ini,"kata Xavi berkaitan rakan sepasukannya itu.


"Dia bakal menjadi salah seorang daripada pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia."


Dua pemain Man United, Wayne Rooney dan Nemanja Vidic pula terpilih pilihan kesebelasan utama dunia.


Kesebelasan Dunia FIFPro: 
Iker Casillas (Real Madrid), Dani Alves (Barcelona), Gerard Pique(Barcelona), Sergio Ramos (Real Madrid), Nemanja Vidic (Man Utd), Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd).


Rooney berkata bahawa:" Ini adalah tahun yang terbaik, dengan memenangi Premier League yang ke-19 bersama kelab, kenangan yang manis bersama pasukan."


Pep Guardiola pula dipilih sebagai jurulatih terbaik tahun ini, manakala kapten pasukan bola sepak wanita Jepun dipilih sebagai pemain terbaik wanita. Norio Sasaki (lelaki) dari Jepun pula dipilih sebagai jurulatih pasukan bola sepak wanita terbaik, Japan FA dianugerahkan anugerah FIFA fair play, pemain sensasi Brazil yang berusia 19 tahun, Neymar pula memenangi anugerah FIFA Puskas untuk gol terbaik 2011.

June 2, 2011

FIFA | Mohamed, Warner digantung


MOHAMED Hammam dan Jack Warner berang dengan keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang menggantung mereka daripada sebarang aktiviti bola sepak sehingga siasatan menyeluruh terhadap skandal rasuah mereka selesai.

Sebelum ini mereka ditahan oleh Jawatankuasa Etika Fifa, Ahad lalu selepas didapati terlibat dengan pemberian kewangan kepada ahli Kesatuan Bola Sepak Caribbean, namun dibebaskan selepas didapati tidak bersalah oleh Presiden Fifa, Sepp Blatter

Mohamed yang juga Presiden Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC) bagaimanapun mengecam keputusan tersebut dan mendakwa ia dipengaruhi Setiausaha Agung Fifa, Jerome Valcke.

Manakala, Warner tidak dimaklumkan mengenai pergantungan tersebut daripada badan induk bola sepak itu sendiri. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!

May 31, 2011

FIFA | Blatter dibebaskan

Hammam, Warner kena gantung didakwa rasuah

Jawatankuasa tatatertib FIFA membebaskan presiden Sepp Blatter daripada sebarang dakwaan salah laku, sementara dua pegawai senior digantung kelmarin dalam perbicaraan membabitkan skandal rasuah paling buruk yang mencemari badan induk sukan itu.

Mohamed bin Hammam dari Qatar, yang beberapa jam sebelum itu menarik diri bertanding merebut kerusi presiden, digantung sementara bersama presiden rantau CONCACAF, Jack Warner.

Blatter diputuskan bersih daripada sebarang pelanggaran statutori FIFA oleh jawatankuasa bebas yang bersidang secara tergempar kelmarin, sekali gus menyaksikan dirinya sebagai calon tunggal untuk penggal keempat sebagai presiden FIFA dalam pemilihan esok.

Hammam dan Warner dituduh mengatur pembayaran AS$40,000 (RM122,800) kepada delegasi Kesatuan Bola Sepak Caribbean untuk mengundi dirinya - calon tunggal yang mencabar kerusi Blatter.

Kedua-dua pemimpin itu adalah ahli lama FIFA yang membarisi jawatankuasa eksekutif 24 orang, di mana 10 daripadanya dikaitkan dengan tuduhan rasuah tahun lalu.

Hammam, presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Warner, menteri di negara asalnya, Trinidad & Tobago, kini digantung sementara daripada sebarang aktiviti bola sepak. Keduanya tidak akan menghadiri Kongres di mana Blatter dijangka akan dilantik semula memegang jawatannya yang dipegang sejak 1998.

Kes ke atas Warner dan Hammam, yang menafikan sebarang salah laku, akan didengar pada Julai, menurut hakim dari Namibia, Petrus Damaseb yang mempengerusikan pertemuan kelmarin.

Warner berang dengan keputusan berkenaan dan mendakwa dirinya adalah mangsa kepada ‘mahkamah kangaru’. “Blatter perlu disekat,” kata Warner mengenai bekas sekutu lamanya itu. “Mereka datang tanpa persediaan, tidak bersedia mendengar dan dipilih untuk melaksanakan satu tugas. Itulah yang mereka lakukan.

“Mereka dipilih oleh Blatter... atau lebih tepat mahkamah kangaru.”

Setiausaha Agung FIFA, Jerome Valcke, yang berdepan soalan sukar sepanjang sejam sidang media berjalan, berkata pemilihan esok akan berjalan seperti biasa kecuali tiga suku daripada 208 delegasi mengundi untuk menukar agenda.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!