May 9, 2013

Bojan Hodak Kesal Gelagat Penyokong TRW



Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyuarakan rasa kesal terhadap gelagat segelintir penyokong The Red Warriors (TRW) yang mengejek pemain, terutama Ahmad Fakri Saarani pada aksi Liga Super menentang FELDA United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV malam kelmarin. 

Dia beranggapan penyokong Kelantan harus memberi sokongan padu menaikkan semangat pemain bukan mengejek yang boleh menyebabkan pemain bermain di bawah tekanan. 
“Pemain saya terutama Fakri (Ahmad Fakri) tertekan kerana ejekan penyokong sendiri. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila Fakri gagal bermain pada kemampuan sebenar dan tiada keyakinan melakukan penyudah serta membuat hantaran tepat. 

Penyokong ubah sikap 

“Apa yang saya lihat, Fakri bermain lebih baik ketika beraksi di tempat lawan berbanding di tempat sendiri. Penyokong TRW perlu mengubah sikap itu jika mahu melihat pasukan terus mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnya,” katanya selepas kemenangan 3-0 Kelantan ke atas FELDA United, di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam kelmarin. 

Sementara itu, jurulatih FELDA United, K Devan menganggap faktor keletihan menjadi punca utama anak buahnya tewas kepada Kelantan selain dua gol pantas diperoleh Kelantan di separuh masa pertama memberi tekanan buah anak buahnya. 

“Pemain Kelantan lebih cergas dan mereka mempunyai kelebihan kerana mempunyai rehat yang cukup. Pemain saya sedikit keletihan selepas perlawanan dengan Perak pada Jumaat lalu,” katanya.-Bharian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB