October 23, 2012

Piya Tidak Terpilih?


Datuk K.Rajagopal menyenaraikan skuad yang dipanggil berlatih untuk Piala AFF Suzuki namun meneruskan untuk tidak memberi perhatian kepada kapten pasukan Kelantan, Badhri Radzi.





Dalam kebijaksanaan mencipta tiga gol buat Kelantan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lalu, kapten The Red Warriors, Badhri Radzi sekali lagi tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan di bawah kendalian K.Rajagopal.

Rajagopal mengeluarkan 28 nama semalam, dengan tujuh pemain diletakkan sebagai barisan persediaan.

Rakan sepasukan Piya, Nik Shahrul Azim mengejutkan ramai pihak apabila dipilih dalam skuad AFF Suzuki Cup ketika S.Subramaniam mengalami kecederaan serius dalam perlawanan Sabtu lepas. Pemain sayap Pahang, R.Gopinathan sekali lagi dipanggil selepas diturunkan dalam perlawanan menentang Hong Kong minggu lepas.

Pemain-pemain dilaporkan memulakan sesi latihan hari ini dan dijadualkan akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan menentang Vietnam, Thailand dan Hong Kong sebelum mengumumkan nama 23 pemain yang akan bersama K.Rajagopal ke Piala AFF Suzuki.

The squad

Goalkeepers: Farizal Marlias (Perak), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Norazlan Razali (Selangor)

Defenders: Amirizwan Taj Tajuddin, Aidil Zafuan Abdul Radzak and Azmi Muslim (ATM), S.Subramaniam and Nik Shahrul Azim (Kelantan), Zubir Azmi and Faizal Muhammad (Terengganu), Mahalli Jasuli and Fadhli Shas (Harimau Muda A), Bunyamin Umar (Selangor)

Midfielders: Amar Rohidan and Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Akil and R. Gopinathan (Pahang), Gary Steven Robbat and Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A), Safiq Rahim (Selangor), S. Kunalan (Negeri Sembilan), Shakir Shaari (Kelantan), Yong Kuong Yong (Felda United)

Forwards: Khryil Muhymeen Zambri (Kedah), Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Zaquan Adha Abdul Radzak (ATM), Ahmad Fakri Saarani (Felda United), Safee Sali (Pelita Jaya)

Back-ups: Ahmad Hazwan Bakri, Affizie Faisal Mamat and Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A), D. Christie Jayaseelan and Irwan Fadzli Idrus (ATM), Amri Yahyah (Selangor), Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan)