PARIS: Portugal bersedia membuktikan status mereka sebagai pasukan pilihan apabila melayan kunjungan Bosnia-Herzegovina pada aksi kedua playoff Euro 2012 awal pagi esok untuk menempah tempat ke pusingan akhir untuk kali kelima berturut-turut.
Biarpun mendominasi sepenuhnya aksi pertama di Zenica Jumaat lalu, Portugal sekadar seri 0-0 dengan Bosnia-Herzegovina dan kelibat bintang mereka, Cristiano Ronaldo begitu ditagih pada aksi kedua ini bagi menjamin kemaraan ke Poland dan Ukraine, pertengahan tahun depan.
“Kami seri di tempat lawan, jadi kami perlu menyelesaikan misi ini dengan sempurna di laman sendiri,” kata Ronaldo.
Bintang Real Madrid itu mahu membuktikan kemampuan sebenarnya seperti ketika bersama kelab selepas sering gagal menyinar bersama skuad kebangsaan.
“Kami sering dilabel pasukan pilihan kerana kami sebuah pasukan yang sentiasa memiliki peluang untuk menang,” katanya. – AFP
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!