Kesebelasan utama Harimau Muda yang menyaksikan Izzaq Faris Ramlan diletakkan sebagai penyerang tunggal dan Yong Kuong Yong diturunkan buat pertama kali, mempamerkan persembahan kemas dan mengasyikkan sepanjang babak pertama yang menghasilkan tiga gol, tetapi memberi ruang kepada Kemboja membolosi gawang negara pada babak kedua sebelum Wan Zaharul Nizam Zakaria menambah gol pada minit terakhir.
“Jadi empat gol pada perlawanan malam ini (semalam) dan corak permainan kemas pemain, adalah satu tanda positif menjelang pertemuan penentuan dengan tuan rumah Khamis ini. Cuma kita perlu lebih fokus sepanjang permainan itu nanti.”
Kim Swee menegaskan, provokasi tuan rumah sekadar meningkatkan lagi semangat pemain untuk mencari kemenangan. “Kita sudah selangkah ke separuh akhir dan hanya memerlukan satu mata untuk layak, tetapi kami bermain bukan untuk satu mata,” kata Kim Swee.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!