September 5, 2011

Jom Selusuri Sejarah P I A L A M A L A Y S I A


Piala Malaysia merupakan piala yang paling berprestij negara.

1921 - Edisi pertama dipertandingkan di Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur yang kini dikenali sebagai Dataran Merdeka. 

1930 - Final Selangor melawan Singapura mencetuskan kontroversi apabila pengadil menangguhkan permainan semata-mata kerana padang becak. 

1933 - Nama Piala Malaya di tukar ke Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang Inggeris HMS Malaya. 

1942 - Piala HMS Malaya tidak dipertandingkan berikutan Perang Dunia Kedua selama lima tahun. 

1948 - Piala HMS Malaya diadakan semula selepas tamat Perang Dunia Kedua. 

1964 - Siaran secara langsung pertama ditayangkan di televisyen. 

1967 - Piala HMS ditukar nama ke Piala Malaysia dan Perak muncul juara sulung. 

1981 - Selangor bertemu Singapura di perlawanan akhir bagi kali ke-24. 

1989 - Kuala Lumpur mencipta hatrik kejuaraan dengan menumpaskan lawan sama, Kedah tiga kali berturut-turut sejak 1987. 

1998 - Perlawanan pertama diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

1999 - Sarawak dan Brunei pertama kali melangkah ke perlawanan akhir dengan Brunei muncul juara sulung. 
        - Stadium Merdeka menjadi pentas Piala Malaysia yang terakhir. 

2003 - Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), pasukan berstatus kelab pertama memenangi Piala Malaysia. 

2004 - Dua pasukan dari utara bertembung pada perlawanan akhir kali kedua antara Perlis dengan Kedah.



INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!