September 4, 2011
Jom Kenali U L T R A S
Ultras Kelantan
Ultras Kelantan Menggelarkan diri sebagai The Red Mania (UKTRM) yang berjanji menyokong dan berdiri di belakang pasukan kesayangan mereka The Red Warriors (Kelantan).
Mereka menjadikan ULTRAS sebagai platform untuk meyokong pasukan dengan cara yang berlainan dengan cara sokongan di stadium sekarang.
UKTRM akan berdiri selama 90 minit dan akan mengalunkan atau menyanyikan lagu-lagu (chants) ULTRAS untuk memberikan semangat pada pasukan tidak kira menang atau kalah.
Ultras Negeri Sembilan
Ultras Negeri Sembilan atau dikenali sebagai Ultras No9ori pada mulanya merupakan kumpulan rakan- rakan Facebook yang mahukan sesuatu kelainan dari segi sokongan terhadap pasukan Negeri Sembilan.
Pada awalnya mereka menggelarkan nama kumpulan mereka Die Hard Fan tetapi kemudianya mengubah kepada Ultras Nogori.
Awal penubuhanya gang Die Hard Fan bergabung dengan Ninth Mania, kemudian muncul pula Jang Brigade sebagai keluarga baru.
Ultras Terengganu
Kewujudan Ultras Tranung pada tahun 2011 adalah bertujuan untuk menyemarakkan lagi sokongan pada pasukan Terengganu.Ultras Tranung bernaung dibawah gerakan Ultras Malaya bertujuan bersorak dan memberi semangat sepanjang 90 minit untuk pasukan Terengganu dan T-Team, tiada diskriminasi antara duanya.Ultras Tranung akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Terengganu tercinta tidak kira menang atau kalah, dan akan sentiasa menyokong pasu-kan mereka.We will stand !.We will proud !.We are one flag !
Ultras Perak
Silver State telah dirancang pada april 2009. Secara Rasminya dilancarkan di stadium Stadium Perak pada 30 Januari 2010. Silver State menyokong pasukan Perak walau apa pun keadaan pasukan pada setiap masa.Anggota-anggotanya lebih dikenali sebagai Silvermania..Sayang Perak Sampai Mati!!
Ultras Johor
Ultras Johor FC Southern Troop Ultras (STU) merupakan kumpulan ultras Johor di bawah panji Ultras Malaya.
Tertubuh secara rasmi pada 6 Mac 2010 untuk memberi sokongan padu secara tersusun kepada setiap pasukan bola sepak di negeri Johor iaitu JohorFA, JohorFC, MP Muar dan lain-lain.
Ultras secara ringkasnya merupakan ideologi menyokong sesebuah pasukan secara tersusun dan sentiasa bersorak selama perlawanan berlangsung tanpa mengira situasi, ketika menang apatah lagi di ambang kekalahan.
Ultras Perlis
Idea mewujudkan Ultras Perlis bermula apabila melihat perkembangan yang memberansangkan dari Ultras Malaya. Orang terawal yang terlibat dalam membuka empayar Ultras Perlis bertukar pendapat melalui facebook dan dari situ mereka mula mencari sokongan. Hasil yang positif! Cadangan membuka empayar Ultras Perlis diterima baik oleh penyokong fanatik Perlis. Dari hari ke hari komuniti semakin bertambah dan mengenali antara satu sama lain. Pada mulanya Ultras Perlis bergerak atas nama Singa Utara Die Hard Fans (SUDHF). Dalam pergerakan ini sedikit demi sedikit budaya ultras diterapkan.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!